JALINAN INTEGRASI MAHASISWA 2023 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » JALINAN INTEGRASI MAHASISWA 2023

JALINAN INTEGRASI MAHASISWA 2023

Seramai 60 orang pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) yang terdiri daripada 28 pelajar lelaki dan 32 pelajar perempuan telah mengikuti program Jalinan Integrasi Mahasiswa yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak bermula 3 Ogos hingga 7 Ogos 2023 bertempat di Nanga Tada, Kanowit, Sibu Sarawak.
 
Program ini bermatlamat untuk meningkatkan kefahaman mahasiswa mengenai adat resam dan cara hidup masyarakat tempatan serta mengukuhkan hubungan dan interaksi sosial antara generasi muda dengan komuniti setempat. Dalam masa yang sama, mahasiswa dapat menerapkan kemahiran insaniah yang tidak diperolehi dalam pembelajaran kuliah agar menjadi mahasiswa yang berdaya saing apabila bergraduat nanti.
 
Program ini telah dirasmikan oleh En. Haji Dirwana Bin Haji Azool, Pengarah Negeri Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak. Turut dihadiri oleh Dr. Kamil Bin Latif, Pengetua Kolej / Ketua Hal Ehwal Pelajar UPMKB dalam Majlis Perasmian serta Penyerahan peserta kepada keluarga angkat di Dewan Penghulu Seribu, Nanga Tada Kanawit Sibu semalam.
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 04/08/2023 | Kemaskini: 07/08/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcIAE~