FSPH, UPMKB PROGRAM KOLABORASI BERSAMA SMK DATO PERDANA KELANTAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » FSPH, UPMKB PROGRAM KOLABORASI BERSAMA SMK DATO PERDANA KELANTAN

FSPH, UPMKB PROGRAM KOLABORASI BERSAMA SMK DATO PERDANA KELANTAN

Pada 9 Januari 2024 sehingga 10 Januari 2024 pihak Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMKB telah mengadakan program kolaborasi bersama SMK Dato Perdana Kelantan. Seramai 13 orang pelajar pra Universiti dan 6 orang guru pengiring telah mengikuti program kolaborasi ini. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dr. Zamri bin Rosli, Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan.

Pada hari pertama program, pelajar-pelajar dari SMK Dato Perdana Kelantan telah mengikuti kuliah CSS3702 Sains Tanah yang dikendalikan oleh Dr. Latifah Omar bersama pelajar Bacelor Sains Bioindustri Dengan Kepujian, amali Pembiakan Ikan bersama Dr. Nora Faten Afifah binti Mohamad, aktiviti night walk bersama pelajar Bacelor Sains Perhutanan dengan Kepujian yang diketuai oleh Dr. Ahmad Mustapha bin Mohamad Pazi.

Pada hari kedua program, diadakan amali Mikrobiologi yang dikendalikan oleh Dr. Zakry Fitri Ab. Aziz serta amali Tisu Kultur bersama Dr. Jessica Jeyanthi a/p James Antony. Taklimat kemasukan akademik pula telah disampaikan oleh Encik Iskandar bin Tunggal, Penolong Pegawai Tadbir di Bahagian Pengurusan Akademik dan Penyelidikan, UPMKB. Sesi interaksi bersama pelajar telah diadakan pada sebelah petang bersama presiden kelab dan persatuan di Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Noorasmah binti Saupi, Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan.

 

Tarikh Input: 18/01/2024 | Kemaskini: 18/01/2024 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcOA1~