FSPH UPMKB ANJUR KEMPEN FLORA DAN FAUNA 2023 SEMPENA MINGGU STEM SK RANCANGAN SEPUPOK NIAH | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » FSPH UPMKB ANJUR KEMPEN FLORA DAN FAUNA 2023 SEMPENA MINGGU STEM SK RANCANGAN SEPUPOK NIAH

FSPH UPMKB ANJUR KEMPEN FLORA DAN FAUNA 2023 SEMPENA MINGGU STEM SK RANCANGAN SEPUPOK NIAH

BINTULU: Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menganjur Kempen Flora dan Fauna 2023 sempena Minggu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Sepupok Niah baru-baru ini.

Jurucakap UPMKB berkata, program itu bertujuan untuk menerapkan kepentingan penjagaan alam sekitar kepada warga sekolah dan komuniti setempat. Katanya, warga Jabatan Sains Perhutanan FSPH UPMKB dijemput menjayakan program ini supaya semua pihak dapat bekerjasama menjaga alam sekitar.

Berucap pada perasmian program tersebut, Ketua Jabatan Sains Perhutanan UPMKB, Dr Norul Izani Md Allwi berkata, program seumpamanya dapat memupuk minat pelajar untuk belajar mengenai kepentingan menjaga dan memelihara alam sekitar. 

"Program ini juga dapat memberi ruang dan peluang kepada semua pihak untuk bekerjasama dalam menjaga alam sekitar," ujarnya. Terdahulu seramai 150 peserta menyertai program ini termasuk delegasi dari UPMKB terdiri kakitangan Jabatan Sains Perhutanan dan pelajar Diploma
Perhutanan. 

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti taklimat oleh Dr Ahmad Mustapha Mohamad Pazi berkenaan teknik pemindahan semula anak pokok ke polibeg baharu dan ceramah mengenai kepentingan penjagaan flora dan fauna oleh Prof Madya Dr John Keen Chubo.

Pada program itu, sebanyak 114 anak pokok berjaya ditanam semula ke dalam polibeg baharu bagi penghijauan kawasan sekolah tersebut dan dua piala pusingan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas turut disampaikan kepada pemenang untuk sekolah tersebut.

Tarikh Input: 20/09/2023 | Kemaskini: 21/09/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcWAc~