FORUM PERDANA IFEST 2023 DI UPMKB PADA 12 OGOS 2023 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » FORUM PERDANA IFEST 2023 DI UPMKB PADA 12 OGOS 2023

FORUM PERDANA IFEST 2023 DI UPMKB PADA 12 OGOS 2023

Forum Perdana akan diadakan sempena Festival Kesenian Islam (iFEST) 2023 pada majlis penutupan dan program kemuncak festival itu pada 12 Ogos, jam 8 malam di Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB).

Jurucakap penganjur berkata, Forum Perdana itu akan menampilkan Pensyarah Pembangunan Belia merangkap Pengetua KOSASS UPM Profesor Madya Dr Mohd Mursyid Arshad yang bertindak sebagai moderator.

Ahli panelnya pula terdiri daripada pakar motivasi juga personaliti media Amin Idris dan selebriti juga pendakwah bebas Shamsul Ghau-Ghau.

“Kemasukan adalah percuma dan orang ramai dijemput hadir untuk mendapatkan pelbagai ilmu yang disampaikan,” katanya.

IFest 2023 edisi kedua itu merupakan anjuran UPMKB dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) di kampus universiti itu pada 7 hingga 12 Ogos 2023.

Festival bertemakan ‘Kesenian Islam Pemangkin Kesejahteraan Negara’ ini akan mengete-ngahkan beberapa aktiviti berbentuk pertandingan, antaranya menulis khat, tilawah al-Quran, bercerita, syarahan agama, nasyid kontemporari dan memanah.

“Kesemua pertandingan ini menawarkan hadiah berupa wang tunai, trofi dan sijil penyertaan kepada para pemenang,” katanya.

Beliau berkata, iFest2023 untuk menggalakkan masyarakat terutama golongan belia terlibat dalam aktiviti sihat dan seterusnya membentuk peribadi lebih baik.

“Ia juga memberi ruang kepada masyarakat untuk menonjolkan bakat melalui pertandingan yang disertai,” ujarnya.

Justeru katanya, iFest2023 diharap mampu mempromosi Sarawak dan Bintulu sebagai destinasi pelancongan memandangkan penyertaan ini terbuka kepada semua termasuk dari negara jiran seperti Indonesia dan Brunei Darussalam.

Tarikh Input: 28/07/2023 | Kemaskini: 01/08/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcEAM~