EXPLORING NATURE AND MOTIVATIONAL CAMP 2023 (ENMC2023) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » EXPLORING NATURE AND MOTIVATIONAL CAMP 2023 (ENMC2023)

EXPLORING NATURE AND MOTIVATIONAL CAMP 2023 (ENMC2023)

Bintulu, 29 Ogos 2023 - Program Exploring Nature and Motivational Camp 2023 (ENMC2023) telah berlangsung dari 26 hingga 29 Ogos 2023 di sekitar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak. Program ini merupakan program anjuran Jabatan Sains, MRSM Mukah dengan kerjasama Jabatan Sains Perhutanan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan UPMKB.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan akan kepentingan alam flora dan fauna kepada generasi muda pada masa akan datang. Sebuah program motivasi juga turut diadakan khusus untuk peserta yang akan menduduki peperiksaan SPM 2023 kelak. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti latihan dalam kumpulan, night hunter, ENMC2023 explorace, picnic wild, flying fox, malam kebudayaan, program motivasi dan taklimat Jom Masuk U.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dr. Zamri bin Rosli, Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan. Dalam ucapan perasmian beliau menyatakan program ENMC2023 mampu memberikan impak kepada generasi muda dalam kepentingan menjaga alam sekitar. Selain itu program sebegini dapat mendedahkan pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari di dalam kelas dengan suasana persekitaran di Taman Perhutanan UPMKB. Beliau juga berhasrat agar program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan melibatkan lebih ramai peserta.

Seramai 82 orang pelajar Tingkatan 5 MRSM Mukah telah memyertai program ini dengan jayanya. Semoga program ini dapat menarik minat peserta untuk menjadikan UPMKB sebagai destinasi pilihan untuk melanjutkan pengajian pada masa akan datang.

Tarikh Input: 11/09/2023 | Kemaskini: 13/09/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcCAv~