BUDAYA INOVASI PERKASA PELAJAR HASIL PRODUK BERTEKNOLOGI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » BUDAYA INOVASI PERKASA PELAJAR HASIL PRODUK BERTEKNOLOGI

BUDAYA INOVASI PERKASA PELAJAR HASIL PRODUK BERTEKNOLOGI

BINTULU: Budaya inovasi yang dipupuk dalam kalangan pelajar mampu memperkasakan mereka dalam menghasilkan produk berteknologi maju dengan menggunakan kepakaran inovatif dan imaginatif melalui prinsip saintifik.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Dato Majang Renggi berkata, pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang melampaui batasan buku teks tidak ternilai harganya apabila mereka memulakan laluan kerjaya pada masa depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju itu berkata, inovasi merupakan cara untuk mencipta produk yang merangkumi kreativiti dan kuasa penggerak penting dalam masyarakat pada masa kini.

“Inovasi memacu penyelesaian masalah dan kemajuan, membawa kepada perubahan dalam komuniti dan ekonomi kita,” katanya pada Majlis Penutupan Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Antarabangsa Borneo (BIIIC) 2023 bertemakan ‘Generasi Inovatif’ di Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) di sini, petang kelmarin.

Beliau berkata, inovasi meningkatkan fungsi individu dan masyarakat, meningkatkan kecekapan kerja dan membuka jalan untuk membuka peluang pekerjaan dan perkhidmatan baharu.

Justeru, beliau menyifatkan Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Antarabangsa Borneo 2023 bertepatan fungsinya sebagai pemangkin untuk memupuk budaya inovasi dalam kalangan pelajar dan pendidik di seluruh sekolah, institusi teknikal dan pusat pengajian tinggi.

Ujarnya, pengalaman, pengetahuan dan kepakaran teknikal yang diperolehi semasa pertandingan ini akan menjadi aset berharga dalam mencapai bidang kerjaya masa depan.

Katanya, penyertaan seramai 94 peserta dari sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan institusi pengajian tinggi telah menyumbang kepada usaha meningkat pemupukan budaya inovasi dan reka cipta dalam kalangan pelajar.

Penghakiman pertadingan ini diadili 14 pakar bidang berkaitan termasuk lima pakar antarabangsa dari Kemboja, Thailand, China, Indonesia dan Negara Brunei Darussalam yang telah menilai ciptaan inventif ini.

“Sayapercayapertandingan ini telah mencetuskan minat dalam teknologi gunaan dan mendorong sesetengahnya meneruskan kerjaya dalam penyelidikan saintifik, membuka jalan transformasi untuk menjadi saintis masa depan, mendedah teknologi baharu, laluan perubahan, menangani cabaran dan meningkat daya saing,” jelasnya.

Hadir sama Pengarah Kolej Vokasional (KV) Bintulu Sahibi Salleh, Pengarah Kampus UPMKB Prof Dr Shahrul Razid Sarbini, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Kurikulum Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Kluster Pembangunan Kurikulum dan Program TVET, Hafidzah Omar mewakil Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia (M).

Timbalan Pegawai (Sektor Perancangan) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu YusufHarbimewakilipengarah Jabatan Pendidikan Sarawak, Pengarah Kolej Vokasional Matang Arni Suhaili dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) KV Bintulu Gelau Sungei.

Inovasi memacu penyelesaian masalah dan kemajuan, membawa kepada perubahan dalam komuniti dan ekonomi kita. Dato Majang Renggi Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan.

 

Tarikh Input: 21/08/2023 | Kemaskini: 23/08/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcAAi~