BICARA BUKU DAN MAJLIS PELANCARAN BUKU MAKANAN BERFUNGSI: SERIBU SATU KEBAIKAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » BICARA BUKU DAN MAJLIS PELANCARAN BUKU MAKANAN BERFUNGSI: SERIBU SATU KEBAIKAN

BICARA BUKU DAN MAJLIS PELANCARAN BUKU MAKANAN BERFUNGSI: SERIBU SATU KEBAIKAN

Telah berlangsung Program "Bicara Buku dan Majlis Pelancaran Buku Makanan Berfungsi: Seribu Satu Kebaikan" yang telah dianjurkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama UPM Kampus Bintulu Sarawak pada 17 Jun 2023 (Sabtu) bertempat di Auditorium Perpustakaan Awam, BDA.
 
Program tersebut merupakan salah satu aktiviti dalam sambutan Karnival Intelek Peringkat Negeri Sarawak 2023 anjuran DBP sempena sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka.
 
Buku "Makanan Berfungsi: Seribu Satu Kebaikan" merupakan hasil karya penulisan YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Kampus UPMKB bersama rakan beliau Prof. Dr. Patricia King Jie Hung dan Puan Siti Maisarah Mohd Nashri yang diterbitkan oleh DBP di mana ini kali pertama buku yang ditulis oleh pensyarah UPMKB berjaya diterbitkan di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka.
 
Pelbagai aktiviti kerjasama DBP dan UPMKB turut diadakan sempena Karnival Intelek Peringkat Negeri Sarawak 2023 seperti Bengkel Perolehan Manuskrip Buku Umum yang telah diadakan pada 15-17 Jun 2023 bertempat di Bilik Latihan, Bangunan Pentadbiran UPMKB dan Pameran serta Jualan Buku di Perpustakaan UPMKB pada tarikh yang sama. Penganjuran bengkel manuskrip ini dilihat mampu memberi ruang kepada pensyarah terutamanya dalam menghasilkan karya penulisan buku untuk diterbitkan mengikut kepakaran bidang masing-masing.
 
Semoga dengan adanya kerjasama yang padu bersama pihak DBP dalam menjayakan beberapa program seperti ini dapat meningkatkan keterlihatan UPMKB sebagai institusi pendidikan tinggi pilihan di Malaysia dan di Kepulauan Borneo khususnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 19/06/2023 | Kemaskini: 30/06/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbVAx~