BAKO COASTAL CLEANUP DAY 2.0 2024 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » BAKO COASTAL CLEANUP DAY 2.0 2024

BAKO COASTAL CLEANUP DAY 2.0 2024

BAKO - 17 Februari 2024, yang lepas, Program Bako Coastal Cleanup Day 2.0 telah diadakan di Kampung Bako, Kuching Sarawak anjuran Pelajar Diploma Perhutanan Semester 2 Sesi 2023/2024, Jabatan Sains Perhutanan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dengan kerjasama pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kejiranan Mesra (KJM), Komuniti Rukun Tetangga (KRT), dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (SRB).
 
Program ini merupakan program kali kedua diadakan bertujuan untuk membantu penduduk Kampung Bako dalam mengurangkan pencemaran plastik serta aktiviti pemindahan ilmu kepada penduduk Kampung Bako dalam usaha menangani masalah pencemaran plastik. Selain itu, program ini dapat memperkasa sikap kesukarelawan mahasiswa Diploma Perhutanan kepada komuniti setempat dalam usaha mengurangkan pencemaran dan cintakan alam sekitar.
 
Program ini telah dirasmikan oleh Penghulu Kampung Bako, Puan Hajjah Janibah Hazmi. Dalam ucapan beliau, program ini merupakan satu program yang sangat baik kepada komuniti Kampung Bako di mana pelbagai agensi terlibat dalam memerangi isu pencemaran plastik di Kampung ini. Beliau juga turut berharap agar program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Semoga program ini dapat memberi kesan yang positif dan membantu merealisasikan Kampung Bako sebagai kampung bebas sampah pada masa akan datang.
 
Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti taklimat kesan pencemaran plastik kepada manusia dan alam sekitar khususnya di Kampung Bako yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Ahmad Mustapha Mohamad Pazi, taklimat Pengenalan dan Fungsi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak oleh Encik Tony Douglas anak Nopin dan aktiviti gotong royong. Turut diadakan aktiviti bersama kanak-kanak Kampung Bako speerti aktiviti pendedahan pendidikan mengenai pencemaran plastik dan 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle. Hasil dari program ini sebanyak 350 kg sampah dan plastik telah dipungut.
 
Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada Pelajar Diploma Perhutanan UPMKB, Kanak-kanak Kampung Bako, Penduduk Kampung Bako, Staf UPMKB Staf SFC dan Staf SRB telah menjayakan program ini.
 
Turut hadir Penghulu Kampung Bako, Ketua-Ketua Kaum Kg Bako Hulu, Hilir dan Tengah, Pengerusi KJM, KRT dam SEBERKAS, Pengurus Taman Negara Bako dan Pegawai SRB. Pihak penganjur program mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 21/02/2024 | Kemaskini: 21/02/2024 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcVA7~