AUDIT PEMANTAUAN SIRIM 2 UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » AUDIT PEMANTAUAN SIRIM 2 UPMKB

AUDIT PEMANTAUAN SIRIM 2 UPMKB

Bintulu, 13 Oktober 2023 - UPM Kampus Bintulu Sarawak telah menjalani Audit Semakan 2 Persijilan QMS ISO 9001:2015 pada 9-13 Oktober 2023. Sebanyak lima PTJ telah terpilih untuk menjadi lokasi audit kali ini iaitu pihak Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat, Pusat Pertanian Putra, Pejabat Pendaftar, Pejabat Pengurusan Pelajar dan Kolej Sri Rajang.
 
Pihak UPMKB ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Mohamad Abdul Kadir bin Johari, auditor SIRIM Berhad di atas sesi audit yang terperinci selama 5 hari di kampus ini dan beliau turut banyak berkongsi pengalaman berkaitan pengurusan kualiti kepada staf UPMKB. Beberapa Peluang Penambahbaikan telah dicadangkan dan akan diberikan perhatian oleh pihak UPMKB.
 
Semoga operasi kerja di UPMKB akan sentiasa bertambah baik dan amalan kerja berkualiti ini akan memberikan manfaat kepada seluruh warga kampus serta pelanggan UPMKB.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 16/10/2023 | Kemaskini: 17/10/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcIA4~