263 PELAJAR BAHARU LAFAZ IKRAR DI HADAPAN NAIB CANSELOR UPM | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » 263 PELAJAR BAHARU LAFAZ IKRAR DI HADAPAN NAIB CANSELOR UPM

263 PELAJAR BAHARU LAFAZ IKRAR DI HADAPAN NAIB CANSELOR UPM

BINTULU, 04 Oktober – YBhg. Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia mendengar lafaz ikrar 263 pelajar baharu Bacelor dan Diploma yang mendaftar di UPM Kampus Bintulu Sarawak bagi sesi akademik 2023/2024.
 
Majlis yang dijalankan secara sidang video ini dijalankan serentak bersama dengan pelajar baharu di UPM Serdang. Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, ketika berucap pada majlis itu merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu kerana telah terpilih untuk melanjutkan pengajian di UPM iaitu sebuah Menara Ilmu yang bereputasi antarabangsa.
 
Turut menyaksikan lafaz ikrar pelajar baharu adalah YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Kampus UPMKB bersama ahli pengurusan dan pegawai universiti.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 05/10/2023 | Kemaskini: 05/10/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcLAL~