20 PELAJAR SERTAI PROGRAM YOUTH BIODIVERSITY SCIENCE CAMP 2023 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » 20 PELAJAR SERTAI PROGRAM YOUTH BIODIVERSITY SCIENCE CAMP 2023

20 PELAJAR SERTAI PROGRAM YOUTH BIODIVERSITY SCIENCE CAMP 2023

BINTULU: Program Youth Biodiversity Science Camp 2023 sekitar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) berlangsung dari 9 hingga semalam disertai seramai 20 pelajar sekolah menengah dari luar bahagian ini.

Program anjuran Jabatan Sains Perhutanan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan UPMKB dengan kerjasama Jabatan Sains Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Mukah itu dirasmikan Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan UPMKB Dr Zamri Rosli.

Jurucakap UPMKB berkata, 20 pelajar mengikuti program itu merupakan pelajar tingkatan dua MRSM Mukah turut dibantu 15 fasilitator yang terdiri daripada pelajar Bacelor Sains Perhutanan dengan Kepujian dan Diploma Perhutanan dan staf Jabatan Sains Perhutanan UPMKB.

"Program ini bagi memberi pendedahan kepada pelajar terbabit ilmu pengetahuan bidang biodiversiti perhutanan serta memupuk kesedaran mereka tentang kepentingan penjagaan alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, antara aktiviti dijalankan ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Berjalan Malam, Pengecaman Flora dan Fauna, 'YBSC Explorace, Picnic Wild' dan ketahanan diri.

Tarikh Input: 12/06/2023 | Kemaskini: 12/06/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcCAl~