Delegasi Universitas Brawijaya, Indonesia telah mengadakan lawatan ke Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak pada 22 dan 23 November 2022 bagi membincangkan penanda aras kerjasama penyelidikan dalam bidang pertanian.
Program kerjasama antara Institut EkoSains Borneo, UPMKB dan Universitas Brawijaya dalam bidang penyelidikan akan memberi manfaat dan impak yang besar dalam bidang penyelidikan pertanian. Gabungan kepakaran dan sumber sedia ada membolehkan penyelidik UPMKB menyelesaikan persoalan saintifik yang kompleks dan mengembangkan penyelidikan. Selain itu, para penyelidik juga didedahkan dengan pelbagai perspektif baharu hingga mampu menarik lebih banyak dana di peringkat antarabangsa.
Turut meraikan delegasi daripada Universitas Brawijaya adalah YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid bin Sarbini, Pengarah Kampus UPMKB, Prof. Dr. Patricia King Jie Hung, Timbalan Pengarah Institut Ekosains Borneo UPMKB dan Penyelidik Bersekutu Institut EkoSains Borneo UPMKB.
Delegasi Universitas Brawijaya yang telah hadir adalah;
i. Prof. Dr. Ir. Darsono Wisadirana. M.S
Director of PSDKU UB Kediri
ii. Prof. Dr. Ir. Puguh Surjowardojo, M.S
Vice Director of Student Affairs
iii. Drs. Sunaryo, M.Si., P.hD
Vice Director of Finance and Resources
iv. Ms. Afidatul Muji Astuti, S.Si
Coordinator of UPA PSDKU UB Kediri
v. Prof. Dr. Agus Suryanto, MS
vi. Dr. Euis Elih Nurlaelih, SP. M.Si
Head of Agroecotechnology Program Study PSDKU Kediri
vii. Dr. Uma Khumairoh, SP. M.Sc
Head of International Relation Office
viii. Ms. Dewi Ratih Rizki Damaiyanti, SP., MP
Teacher Internship PSDKU Kediri
ix. Ms. Santi Kusuma Fajarwati, SPd., MPd
Teacher Internship PSDKU Kediri
Institut EkoSains Borneo amat mengalu-alukan kedatangan delegasi Universitas Brawijaya, Indonesia dan berharap kerjasama ini mencapai objektif dan berjalan dengan lancar dan jayanya.
Tarikh Input: 29/11/2022 |
Kemaskini: 29/11/2022 | lanz
PERKONGSIAN MEDIA