PROGRAM TRANSFORMASI PELAJAR BANTU TINGKATKAN MOTIVASI PELAJAR SEKITAR BINTULU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM TRANSFORMASI PELAJAR BANTU TINGKATKAN MOTIVASI PELAJAR SEKITAR BINTULU

PROGRAM TRANSFORMASI PELAJAR BANTU TINGKATKAN MOTIVASI PELAJAR SEKITAR BINTULU

BINTULU- Baru-baru ini, UPMKB dan Universiti Malaysia Sarawak telah bekerjasama dalam menganjurkan Program Transformasi Pelajar bagi pelajar sekolah menengah sekitar Bintulu. Kerjasama yang julung kali diadakan ini telah disertai oleh seramai 80 orang pelajar.Antara objektif program ini adalah bagi membolehkan para peserta mengenalpasti potensi diri, mempelajari teknik pengurusan stres yang lebih berkesan dan membina matlamat diri.
 
Selain itu, peserta juga diberi pendedahan tentang teknik belajar yang efektif bagi menghadapi peperiksaan kelak. Sepanjang program ini dijalankan, aktiviti kerohanian juga turut diberi penekanan kepada semua peserta agar aspek spiritual tidak diabaikan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar.
 

Tarikh Input: 14/05/2018 | Kemaskini: 22/05/2018 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W1VMESWD:18:22