PROGRAM JOM MASUK U ZON SARAWAK 2023 DI BINTULU DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM JOM MASUK U ZON SARAWAK 2023 DI BINTULU DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN

PROGRAM JOM MASUK U ZON SARAWAK 2023 DI BINTULU DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN

BINTULU: Program Jom Masuk U Zon Sarawak 2023 di Times Square Megamall Bintulu di sini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang mengunjungi kaunter-kaunter institusi pengajian tinggi dan agensi yang menyertai program berkenaan hari ini.

Lebih memeriahkan suasana adalah penganjuran pelbagai aktiviti sampingan lain, antaranya, cabaran mekap bertemakan perayaan, pertandingan mewarna cilik, santai si cilik untuk aktiviti mencantum teka-teki, persembahan maskot atau 'cosplay', pertandingan PlayerUnknown's Battleground (PUBG), pertandingan cita rasa belacan dan ulam-ulaman, pertandingan gubahan sirih junjung, pameran kemahiran dan inovasi, pertandingan kuih tradisional Citrawarna Klasik dan cabutan bertuah.

Program dua hari tersebut anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan merangkumi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu, PPD Tatau Sebauh, PPD Belaga dan Times Square Megamall mulai jam 10 pagi hingga 5.30 petang hari ini dan bersambung esok pada waktu yang sama.

Program itu disertai 63 pempamer dari pelbagai institut pengajian tinggi dan agensi di negara ini. Antara aktiviti yang diadakan pada hari pertama hari ini adalah Pertandingan Mewarna Cilik, Pertandingan PUBG, Santai Si Cilik dan Makeup Challenge.

Tarikh Input: 22/05/2023 | Kemaskini: 22/05/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEaLAB~