PROGRAM “1 RAS 1 POKOK” DENAI SUNGAI KEBANGSAAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM “1 RAS 1 POKOK” DENAI SUNGAI KEBANGSAAN

PROGRAM “1 RAS 1 POKOK” DENAI SUNGAI KEBANGSAAN

#UPMKBMansang

Sekitar program “1 Ras 1 Pokok” dan Denai Sungai Kebangsaan sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2022 yang telah diadakan pada 19 Mei 2022 bertempat di Hutan Nirwana, UPMKB. Ia ini adalah merupakan Kerjasama strategik diantara UPMKB dan Jabatan Alam Sekitar Bahagian Bintulu. Pihak UPMKB turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada syarikat Borneo Agro Resources Sdn. Bhd., PSS Oil Mill Sdn. Bhd serta DD Palm Oil Mills Sdn. Bhd. Yang telah menaja program ini.

Program “1 Ras 1 Pokok” dan Denai Sungai Kebangsaan ini merupakan salah satu strategi tindakan pencegahan pencemaran bersama pihak industri melalui pendekatan kawalan di punca penyelesaian secara nature-based khusus untuk menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam tempoh 2021 hingga 2025. Sejumlah 250 anak pokok daripada dua (2) spesies tempatan iaitu Engkabang Jantung (Shorea macrophylla) dan Plajau (Pentaspadon motleyi) telah berjaya di tanam dalam upacara tersebut.

Tarikh Input: 23/05/2022 | Kemaskini: 21/06/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETNAq~