Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menerima kunjungan daripada pihak Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS) pada 15 Februari 2023 diketuai oleh Prof. Dr Ahmad Zaharin Aris (Pengarah I-AQUAS), Prof. Madya Dr. Murni Marlina Abd Karim (Ketua Laboratori Akuakultur Mampan), Prof. Madya Dr. Ahmad Fikri Abdullah (Ketua Laboratori Ekosistem Akuatik dan Pengurusan) dan Dr. Clement Roy de Cruz (Ketua Unit Latihan dan Perkhidmatan).
Lawatan kerja pada kali ini terdiri daripada beberapa agenda iaitu perbincangan penyelidikan dan lawatan ke makmal di Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan serta Pusat Pertanian Putra UPMKB.
Turut hadir bersama menyambut kunjungan pihak I-AQUAS ke UPMKB adalah Dr. Zamri Rosli, Prof. Madya Dr. Juriah Kamaludeen, Prof. Madya Dr. Amy Halimah Rajaee, Prof. Madya Dr. Leong Sui Sien, Dr. Kamil Latif, Dr. Hadi Hamli, En. Johan Ismail, Dr. Tan Toh Hii, Dr. Wan Zabidii Wan Morni, Dr. Muhamad Hakim Mohd Ali Hanafiah, Dr. Nora Faten Afifah Mohamad dan En. Dexter Elvin Menari.
Tarikh Input: 16/02/2023 |
Kemaskini: 16/02/2023 | lanz
PERKONGSIAN MEDIA