BAKTI MUSOLLA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » BAKTI MUSOLLA

BAKTI MUSOLLA

15 Disember 2018 : Bakti Musolla telah diadakan pada 15 Disember 2018 dan bertempat di Pusat Islam Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu Sarawak. Program ini dianjurkan oleh Kelab Keputra dengan kerjasama Kelab Agribiz, Jabatan Sains Sosial dan telah melibatkan seramai 150 orang pelajar daripada Kelab Keputra, Kelab Agribiz dan mahasiswa-mahasiswi yang berminat. Dr Shafinah Binti Kamarudin selaku penasihat Kelab Agribiz dan Ustaz Abd Halim selaku penasihat Kelab Keputra turut turun padang bagi bersama-sama membersihkan sekitar kawasan Pusat Islam.

Bakti Musolla ini telah memberi penekanan tentang betapa pentingnya untuk mahasiswa membina sikap bertanggungjawab dalam mewujudkan persekitaran yang baik di dalam kampus. Sebelum memulakan aktiviti, ketua ajk program telah memberikan taklimat ringkas kepada peserta sekaligus memberikan tugas-tugas kepada peserta bagi memastikan program Bakti Musolla ini berjalan dengan lancar. Selain itu juga, peserta dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara satu sama lain disamping dapat membentuk kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar bagi mengendalikan sesuatu program. Program Bakti Musolla ini telah memberikan impak yang positif bukan sahaja kepada peserta malahan turut memberikan impak positif di kawasan persekitaran pusat islam yang kelihatan lebih ceria berbanding sebelumnya. Dengan itu, diharapkan semua peserta dapat memanfatkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi pada kegunaan masa hadapan.




Tarikh Input: 14/01/2019 | Kemaskini: 14/01/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdAAB~