UPMKB BAKAL TUBUH FAKULTI VETERINAR DAN PETERNAKAN, PERKUKUH AGENDA PERTANIAN DAN KETERJAMINAN NEGARA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» ARTIKEL » UPMKB BAKAL TUBUH FAKULTI VETERINAR DAN PETERNAKAN, PERKUKUH AGENDA PERTANIAN DAN KETERJAMINAN NEGARA

UPMKB BAKAL TUBUH FAKULTI VETERINAR DAN PETERNAKAN, PERKUKUH AGENDA PERTANIAN DAN KETERJAMINAN NEGARA

KUCHING, 22 Sept - Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menubuhkan Fakulti Veterinar dan Peternakan (FVP) di Kampus Bintulu bagi terus memacu serta memperkukuhkan agenda pertanian dan keterjaminan makanan.
 
Dalam usaha ini, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail mempengerusikan mesyuarat penubuhan FPV Kampus Bintulu di Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak di sini, semalam.
 
Beliau yang sedang menjalankan fungsi Naib Canselor UPM ketika ini berkata, matlamat penubuhan fakulti ini antaranya adalah bagi melahirkan lebih ramai doktor veterinar di Sarawak serta bagi menyokong cadangan penubuhan Sarawak Livestock Industry Board dan alternatif bagi Institut Veterinar Malaysia di Kluang.
 
Jelasnya, melalui mesyuarat ini telah dicapai beberapa perkara iaitu melibatkan urus tadbir program pengajian, kewangan dan juga pentadbiran bagi permurnian kertas konsep.
 
Dalam pada itu, mesyuarat ini turut dipengerusikan bersama Setiausaha Tetap, Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Sirai Daha, bagi pemurnian kertas konsep penubuhan FVP di Kuching, Sarawak.
 
Turut hadir Pengarah Jabatan Perkhidmatan Sarawak, Dr. Adrian Susin Ambud, Pengarah UPMKB, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Dekan Fakulti Perubatan Veterinar, Dato’ Prof. Dr. Azmi Lela, dan Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan UPMKB, Dr. Zamri Rosli dan Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Suhana Md Chairi.
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 22/09/2023 | Kemaskini: 22/09/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SWMDVAz:21:22