Lawatan Jemaah Dekan UPM Ke UPM Kampus Bintulu Sarawak | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» ARTIKEL » Lawatan Jemaah Dekan UPM Ke UPM Kampus Bintulu Sarawak

Lawatan Jemaah Dekan UPM Ke UPM Kampus Bintulu Sarawak

Untuk pertama kalinya, dekan-dekan fakulti UPM telah bersidang di UPMKB untuk Mesyuarat Jemaah Dekan ke 137, pada 24 dan 25 Januari 2019.
 
Pengisian rombongan Jemaah Dekan UPM ke UPMKB dimulakan dengan perjumpaan bersama ahli pengurusan UPMKB, dan diikuti oleh Mesyuarat Jemaah Dekan ke 137. Antara agenda yang dibincangankan adalah peluang kerjasama dalam bidang akademik, penyelidikan dan pengembangan sesama fakulti di Universiti Putra Malaysia.
 
Rombongan Jemaah Dekan turut dibawa melawat sekitar kampus untuk melihat perkembangan infrastruktur dan fasiliti di dalam kampus UPMKB. Mereka juga dibawa untuk melawat sekitar bandar Bintulu dan Mukah.
 
Harapan UPMKB, dengan adanya kunjungan rasmi dari Jemaah Dekan UPM pada tahun ini akan memberi impak yang lebih baik dari segi perancangan kerjasama pada masa akan datang antara UPM Serdang dan UPM Kampus Bintulu Sarawak.
 

Tarikh Input: 07/02/2019 | Kemaskini: 08/02/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
B1614718869