KEPENTINGAN VAKSIN KUCING DAN ANJING | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» ARTIKEL » KEPENTINGAN VAKSIN KUCING DAN ANJING

KEPENTINGAN VAKSIN KUCING DAN ANJING

KEPENTINGAN VAKSIN KUCING DAN ANJING-😸🐶
 
💉VAKSIN mengandungi antigen yang diperoleh dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk merangsang sistem imuniti tubuh dan menghasilkan antibodi sebagai perlindungan terhadap jangkitan penyakit tertentu. Tapi perlu diingat, bukanlah bermaksud setelah disuntik kucing/anjing tersebut tidak langsung dijangkiti penyakit, cuma risiko dijangkiti penyakit-penyakit yang membawa maut kurang ataupun tiada.
 
💉 Vaksinasi bukan sahaja memainkan peranan utamanya untuk menghasilkan antibodi untuk haiwan kesayangan anda, ia juga telah menjadi keperluan oleh sesetengah pihak berkuasa tempatan, kemudahan pet hotel dan untuk pergerakan haiwan dari satu negeri/negara ke negeri/negara yang lain. Antara Impak vaksinasi dalam penjagaan haiwan kesayangan dalam masa jangka panjang, pemilik haiwan dapat menjimatkan kos penjagaan serta membantu mengelakkan rawatan yang mahal untuk penyakit yang boleh dicegah. Lebih penting lagi, sama seperti kita manusia, dengan vaksinasi mampu meningkatkan hayat hidup haiwan kesayanagan anda dengan perlindungan dari jangkitan penyakit yang mematikan.
 
❗❗ Kucing dan anjing anda perlu menerima vaksin seawal umur 2 bulan (8 minggu). Ini kerana antibodi dari susu induknya tidak lagi kuat.
 
🐱 VAKSIN ASAS KUCING (4 in 1)
Vaksin kucing juga dikenali sebagai vaksin 4 in 1 yang mana dapat melindungi kucing dari penyakit yang merbahaya sehingga boleh membawa maut seperti;
1. Hawar kucing (Feline Parvovirus/Panleukopenia)
2. Jangkitan Feline Calicivirus
3. Jangkitan Feline Rhinotracheitis
4. Jangkitan bakteria Chlamydiosis
 
Apabila kucing yang telah terdedah kepada virus atau penyakit seperti yang dinyatakan tersebut biasanya akan menunjukkan simptom seperti
1. Selesema, kerap bersin
2. ulcer mulut
3. konjunktivitis (mata merah akibat keradangan) atau kotoran mata
4. cirit-birit.
5. Lemah dan tidak selera makan
6. Pneumonia (radang paru-paru)
 
Terdapat juga vaksin kucing bukan asas untuk pencegahan penyakit Feline Leukemia Virus (FeLV) mengikut kes wabak semasa di persekitaran kucing anda. Dapatkan nasihat Doktor Veterinar anda tentang pilihan vaksin terbaik yang boleh diberikan kepada kucing anda.
 
🐶 VAKSIN ASAS ANJING (6 in 1)
Vaksin ini diberikan untuk mencegah 6 penyakit utama pada anjing iaitu :-
1. Canine Distemper
2. Canine Adenovirus (Hepatitis)
3. Canine Parainfluenza
4. Canine Parvovirus
5. 2 Strain Leptospira
 
Apabila anjing yang telah terdedah kepada virus atau penyakit seperti yang dinyatakan tersebut biasanya akan menunjukkan simptom seperti:-
1. Hidung berair, batuk
2. Demam
3. Najis berdarah
4. Hilang selera makan
5. Masalah Saraf
6. Kulit dan kelopak mata kekuningan (Jaundice)
 
🐱🐶 VAKSIN RABIES
Vaksinasi ini telah diwajibkan oleh pihak berkuasa untuk diberikan kepada semua anjing untuk mengawal kejadian penyakit Rabies di Sarawak. Sama seperti anjing, kucing juga boleh dijangkiti rabies iaitu virus atau penyakit yang perlu diberi perhatian kerana mampu menjangkiti manusia (Zoonosis) melalui gigitan haiwan yang terjangkiti Rabies. Untuk mengelakkan ini, adalah langkah bijak untuk memberikan vaksinasi rabies kepada kucing dan anjing kesayangan anda.
Penyakit-penyakit diatas hanya boleh dicegah dengan cara vaksinasi. Ini kerana tiada rawatan khusus bagi penyembuhan penyakit tersebut.
 
🌸Bantu lindungi kesihatan haiwan kesayangan anda dan dapatkan nasihat daripada Doktor Veterinar Bertauliah.
 
HAIWAN SIHAT MANUSIA SEJAHTERA!
 
 
 

Tarikh Input: 16/06/2023 | Kemaskini: 16/06/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEdHAa~