PROGRAM TINGKAT KUALITI PENGAJARAN PEGAWAI AKADEMIK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » PROGRAM TINGKAT KUALITI PENGAJARAN PEGAWAI AKADEMIK

PROGRAM TINGKAT KUALITI PENGAJARAN PEGAWAI AKADEMIK

Bintulu, 30 Januari 2024 - Pejabat Pendaftar (UPMKB) telah menganjurkan Kursus The Survival Of Teaching And Learning Of Higher Education In The Future bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Professional (Akademik).
 
Kursus yang berlangsung pada 30 Januari 2024 yang bertempat di Putra Smart Classroom, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi, iDEC (UPMKB) itu disertai seramai 25 pensyarah Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB).
 
Tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi meningkatkan pengetahuan pegawai akademik dalam pembangunan kurikulum serta meningkatkan kemahiran pengajaran yang lebih efektif kepada tenaga pengajar seiring dengan peningkatan imej UPMKB untuk melahirkan generasi mahasiswa berdaya saing dan inovatif.
 
Penceramah kursus dilaksanakan oleh tenaga pakar dan professional iaitu YBhg. Dato’ Profesor Dr. Mohammad Shatar bin Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang dijemput khas.
 
Sekalung penghargaan diucapkan kepada YBhg. Dato’ kerana sudi berkongsi ilmu dan diucapkan tahniah kepada semua peserta yang memberikan komitmen yang cemerlang di sepanjang program.
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 08/02/2024 | Updated: 08/02/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDEJAL~