PRINSIP FUNDAMENTAL REKA BENTUK GRAFIK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » PRINSIP FUNDAMENTAL REKA BENTUK GRAFIK

PRINSIP FUNDAMENTAL REKA BENTUK GRAFIK

Pejabat Pendaftar UPMKB telah menganjurkan "Kursus Asas Reka Bentuk Grafik" yang berlangsung di bilik Mesyuarat Pejabat Pendaftar (UPMKB). Kursus yang dihadiri oleh Sembilan (9) orang peserta dari pelbagai pejabat/entity di UPMKB ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada prinsip-prinsip asas dalam reka bentuk grafik.
 
Kursus yang berlangsung selama dua (2) hari bermula 30 April sehingga 2 Mei 2024 turut dijayakan oleh Encik Noor Hakim bin Ahmad, Ketua Pentadbiran (UPMKB) dan Encik Awgku Luqman Nul Hakim bin Awang Ismail, Pereka (UPMKB) sebagai penceramah berkongsi pengalaman dan Kemahiran yang perlu ada sepanjang kursus tersebut.
 
Objektif utama kursus diadakan bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam reka bentuk grafik dengan keupayaan era digital terkini yang mampu untuk mencipta bahan visual yang menarik dan berkesan bukan sahaja untuk tujuan pemasaran, tetapi juga untuk komunikasi dalaman dalam organisasi UPMKB. Kursus ini juga bertujuan untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam diri peserta yang mampu untuk dikembangkan.
 
Dorongan kepada peserta untuk berfikir di luar kotak dan mencari cara-cara baharu untuk menyampaikan mesej secara visual mampu untuk meningkatkan kemahiran komunikasi visual para peserta, yang merupakan elemen penting dalam dunia profesional dan akademik.
 
Penekanan kepada asas utama grafik diutamakn iaitu aspek komposisi, pemilihan warna, penggunaan tipografi, dan penempatan gambar serta infografik yang sesuai digunakan untuk penyampaian yang lebih berkesan. Asas kepada pembuatan slaid korporat juga diberi pendedahan cara menyusun maklumat dalam slaid dengan cara yang profesional dan jelas. Kepentingan menggunakan elemen grafik penting bagi memperkuat mesej dalam persembahan korporat.
 
Peserta juga diberi peluang untuk melakukan aktiviti praktikal, di mana mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru diperoleh untuk menghasilkan poster dan slaid korporat yang menarik dan berinfomatif.
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 06/05/2024 | Updated: 06/05/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
WXFTRAX~