Mini Herb's Garden UPMKB @ TUMBINA Borneo | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » Mini Herb's Garden UPMKB @ TUMBINA Borneo

Mini Herb's Garden UPMKB @ TUMBINA Borneo

Mini Herb's Garden UPMKB @ TUMBINA Borneo

Sebuah projek mini dibawah kelolaan Majlis Tertinggi Mahasiswa dengan kerjasama BDA serta Kolej Sri Rajang untuk membangunkan sebuah Taman Herba Mini di Taman TUMBINA Bintulu.

Projek ini telah bermula seawal 14 Februari yang lalu iaitu membuat pembukaan kawasan dan telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Jaffry Hj. Ibrahim wakil daripada BDA dan telah disaksikan oleh Pn Rosidah Binti Basir wakil Dekan pada 25 Februari 2018.

Program ini adalah hasil daripada sumbangan Larian Amal iaitu UPMKB CHARITY GLOW IN THE DARK NIGHT RUN yang berlansung pada 24 Februari 2018. Terdapat lebih 30 pokok Herba yang ditanam di kawasan tersebut seperti Tongkat Ali, Pudina, Mahkota Dewa dan sebagainya.

Menerusi temu bual bersama wakil daripada Taman TUMBINA, projek seumpama ini bukan sahaja menyumbang kepada Taman TUMBINA Bintulu sahaja tetapi kepada Warga Bintulu kerana ini adalah kawasan Reakreasi untuk Masyarakat setempat.

Pihak BDA berasa amat berbangga dengan khidmat Komuniti oleh Mahasiswa UPM Kampus Bintulu kerana banyak menyumbang bakti kepada Universiti dan Masyarakat.

Date of Input: 26/02/2018 | Updated: 26/02/2018 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

P.O Box 396, Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086338948
B1566401288