Bintulu: Intitut Pendidikan Guru Kampus Miri Sarawak telah mengadakan Lawatan Kerja Perkongsian Amalan Terbaik peningkatan Professionalisme ke Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) baru-baru ini.
Kehadiran rombongan telah disambut oleh Encik Awang Ahmad Faizi Awang Dahlan selaku Ketua Perpustakaan mewakili Pengurusan UPMKB.
Rombongan berpeluang berkongsi pengalaman dan idea mengenai amalan Ekosistem Persekitaran Kondusif Sektor awam yang ada di kampus ini. Dalam kenyataan Ketua Perpustakaan, Encik Awang Ahmad Faizi berkata lawatan ini dapat menjalin kerjasama dan membuka idea-idea baharu mengenai bidang professional yang terdapat di kedua-dua institusi.
Date of Input: 14/11/2023 |
Updated: 14/11/2023 | lanz
MEDIA SHARING