WAN IRFAN JOHAN PERTANDINGAN SYARAHAN AGAMA SEMPENA IFEST | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » WAN IRFAN JOHAN PERTANDINGAN SYARAHAN AGAMA SEMPENA IFEST

WAN IRFAN JOHAN PERTANDINGAN SYARAHAN AGAMA SEMPENA IFEST

BINTULU: Wan Irfan Hakim Wan Ismail dinobatkan sebagai johan Pertandingan Syarahan Agama sempena Festival Kesenian Islam 2023 (iFEST) edisi kedua di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) pada Khamis.

Pelajar tahun satu jurusan Diploma Perniagaan Tani UPMKB itu membawa pulang hadiah wang tunai RM400, trofi, hamper dan sijil.

Kemenangan ini merupakan tuah dan pembuka lembaran baharu saya sebagai pelajar di UPMKB, katanya yang menyampaikan syarahan bertajuk Ikhlas Membentuk Jati Diri Unggul.

Sementara itu, naib johan disandang oleh Norain A. Amin dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam yang membawa pulang hadiah wang tunai RM300, trofi, hamper dan sijil.

Diikuti pemenang tempat ketiga milik Nur Alya Hafizah Omar dari UPMKB yang menerima hadiah wang tunai RM200, trofi, hamper dan sijil.

Pertandingan bertemakan Kesenian Islam Pemangkin Kesejahteraan Negara itu adalah anjuran Bersama UPMKB dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP).

Seramai 10 peserta dari pelbagai daerah bersaing hebat pada pertandingan syarahan tersebut.

Jurucakap UPMKB berkata, pihaknya berterima kasih kepada pengurusan universiti lain yang menyertai pertandingan itu serta sekolah-sekolah yang memberi sokongan dan komitmen sepanjang pertandingan tersebut.

Date of Input: 15/08/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcEAo~