USAHA PENGANTARABANGSAAN FKPS, UPMKB TELAH MENJEJAK KAKI KE ZHANGJIAKOU, CHINA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » USAHA PENGANTARABANGSAAN FKPS, UPMKB TELAH MENJEJAK KAKI KE ZHANGJIAKOU, CHINA

USAHA PENGANTARABANGSAAN FKPS, UPMKB TELAH MENJEJAK KAKI KE ZHANGJIAKOU, CHINA


Pada 15 Disember, Profesor Madya TS Wong Tze Jin dari Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, telah dijemput untuk membuat lawatan ke Universiti Zhangjiakou, sebuah insititusi pengajaran awam di China.

Lawatan tersebut disambut oleh Yang Yongfeng, Setiausaha Cawangan Parti Sekolah Bahasa Asing dan Yang Jianhui, Pengarah Pejabat Pertukaran Antarabangsa dan Kerjasama Luar Negara. Dalam lawatan tersebut, Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan dan pertukaran terperinci mengenai bidang kerjasama yang meliputi penyelidikan, pengajaran dan pembangunan modal insan.

Selain itu, Dr Wong turut berjumpa dengan pelajar universiti tersebut untuk berkongsi dengan pelajar pengalaman pembelajaran dan penyelidkan Ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat master atau PhD di Malaysia supaya pelajar dapat membuat penyiapan secara mental Ketika melanjutkan pelajaran di Malaysia pada masa depan.

Perkembangan penyelidikan Kriptografi, yang merupakan tulang belakang di keselamatan siber juga dikongsikan dengan pelajar universiti tersebut. Juga satu sesi perjumpaan dengan guru, pelajar dan ibu bapa yang bertemakan Pendidikan Tinggi di Malaysia juga diadakan.

Pendedahan secara terperinci tentang pengajaran dan pembelajaran siswazah di UPM turut dikongsikan agar pelajar, guru dan ibu bapa dapat mengetahui dengan lebih lanjut pendidikan di Malaysia. Juga, syarat kemasukan ke UPM turut dikongsikan Ketika sesi perjumpaan tersebut.

4 orang pensyarah dari FKPS, iaitu Dr. Alvin Lim Teik Zheng, Dr. Juniza Binti Md Saad, Dr Koo Lee Feng dan Prof Madya Dr Wong Tze Jin telah dilantik sebagai Profesor Pelawat untuk Kolej Zhangjiakou untuk berkongsi ilmu dalam pelbagai bidang kepakaran supaya dapat memanfaatkan komuniti universiti tersebut dan merupakan penghormatan kepada staf akademik UPMKB.

Secara amnya, lawatan ini dapat mengeratkan hubungan akademik antara UPMKB dan Universiti Zhangjiakou dan menyokong usaha dalam memacu kolaborasi antara akademik dua negara.

Date of Input: 22/12/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbWAx~