Miri, 7 Oktober 2023 - UPM Kampus Bintulu telah dijemput untuk mengadakan Pameran Pendidikan sempena Program Sarawak Career and Training Fair (SCaT FAIR) 2023 pada 07-08 Oktober 2023 di Dewan, Majlis Bandaraya Miri, Marina Parkcity.
Program tersebut telah dianjurkan oleh The Ministry of Education, Innovation and Talent Development (MEaiTD) Sarawak dan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS).
Program tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak.
UPM Kampus Bintulu telah menghantar dua orang duta promosi ke program tersebut iaitu Gs. Dr. Hajjah Wan Nor Zanariah binti Zainol @ Abdullah, Ketua Jabatan, Jabatan Sains dan Teknologi dan Dr. Hanisah Kamilah binti Abd Razak, Jabatan Sains Tanaman bagi memberi nasihat serta bimbingan kemasukan ke program pengajian UPMKB kepada peserta yang hadir.
Date of Input: 12/10/2023 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia