UPMKB SEKALI LAGI LAKAR SEJARAH WUJUDKAN KURSI PUSAKA-UPM BERNILAI RM1 JUTA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » UPMKB SEKALI LAGI LAKAR SEJARAH WUJUDKAN KURSI PUSAKA-UPM BERNILAI RM1 JUTA

UPMKB SEKALI LAGI LAKAR SEJARAH WUJUDKAN KURSI PUSAKA-UPM BERNILAI RM1 JUTA


MIRI – Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menerima peruntukan sebanyak RM1 Juta daripada Pertubuhan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA). Peruntukan berbentuk endowmen ini turut dikenali sebagai PUSAKA-UPM.

Ianya merupakan satu bentuk jaringan kerjasama antara pihak PUSAKA dan UPMKB dalam bidang penyelidikan dan pembangunan dari aspek Pengurusan Hutan Tropika dan Hutan Tanam, Keselamatan Makanan dan Tenaga Boleh Diperbaharui.

Majlis Pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) ini telah pun dilaksanakan pada 23 Jun 2023 bertempat di Pullman Miri Waterfront. Ianya telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia dan Datu Haji Hashim Haji Bojet, Pengurus Besar PUSAKA dan disaksikan oleh YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Timbalan Premier Sarawak, Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak merangkap Pengerusi Lembaga Pengurusan PUSAKA.

Detik bersejarah ini dilakarkan semasa Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-50 PUSAKA Peringkat Pejabat Wilayah Utara. Wakil UPMKB yang turut sama hadir adalah Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini (Pengarah Kampus, UPMKB), Dr. Zamri Rosli (Dekan, Fakulti Sains Pertanian & Perhutanan, UPMKB), En. Noor Hakim Ahmad (Ketua Pentadbiran, UPMKB), Prof. Madya Dr. Ong Kian Huat (Profesor Madya, Jabatan Sains Perhutanan, Fakulti Sains Pertanian & Perhutanan, UPMKB) dan En. Mohamad Syukri Mohamad Adnan (Penolong Pendaftar Kanan, UPMKB).

Date of Input: 07/07/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbVAd~