UPMKB SEDIAKAN JUADAH IFTAR SETIAP HARI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » UPMKB SEDIAKAN JUADAH IFTAR SETIAP HARI

UPMKB SEDIAKAN JUADAH IFTAR SETIAP HARI

BINTULU 27 Mac - Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) menyediakan juadah berbuka kepada pelajar di Pusat Islam UPMKB setiap hari sepanjang Ramadan.

Ketua Bahagian Pengurusan Akademik, UPMKB, Sudirman Asmadi berkata, aktiviti berbuka puasa itu dihadiri 200 pelajar serta melibatkan pelajar sebagai ahli jawatankuasa bagi membantu penyediaan berbuka puasa.

Ini secara langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar serta pentadbir di UPMKB katanya.

Pengerusi Pusat Islam UPMKB, Abdul Halim Abdul Kadir berkata juadah berbuka puasa yang disediakan adalah hasil sumbangan orang ramai dan individu serta tabung amanah Pusat Islam UPMKB.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penyumbang bagi menjayakan program ini serta dapat dinikmati oleh pelajar yang memerlukan katanya.

Sementara itu, UPMKB turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan untuk warga kampus iaitu solat tarawih, tadarus Al-Quran, tazkirah Ramadan setiap sunat tarawih bersama ceramah jemputan, aktiviti bubur lambuk dan khatam Al-Quran.

Date of Input: 29/03/2023 | Updated: 09/05/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcXAH~