UPMKB RAIH ENAM ANUGERAH ICAN 2022/2023 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » UPMKB RAIH ENAM ANUGERAH ICAN 2022/2023

UPMKB RAIH ENAM ANUGERAH ICAN 2022/2023


Sekalung tahniah kepada UPMKB yang melakar kejayaan di dalam Majlis Apresiasi Industri dan Komuniti (ICAN 2022/2023) pada 22 Ogos 2023 yang telah dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat (JINM) UPM.

ICAN 2022/2023 merupakan acara dwi-tahunan yang ke-10, bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan rakan industri, komuniti dan warga kampus UPM di sepanjang tahun 2021 dan 2022. ICAN turut menganugerahkan kepada pegawai-pegawai akademik, pegawai-pegawai bukan akademik dan pelajar UPM terbaik yang terlibat dalam projek jaringan industri dan komuniti berimpak tinggi. Projek jaringan terbaik ini telah dinilai oleh ahli panel yang melihat kepada projek berimpak tinggi yang mencapai kepada tahap 4 atau 5 bintang. Projek juga menunjukkan adanya kelestarian dan telah mencapai tahap penghakupayaan dalam komuniti. Majlis ICAN telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin, Timbalan Naib Canselor (JINM) UPM.

🏆Projek Jaringan Industri Terbaik 2021 (Pegawai Akademik):
1. Prof. Dr. Patricia King Jie Hung (Ketua Projek) - Potential of Using Industrial Sludge Waste in Agriculture
2. Prof. Madya Dr. Ong Kian Huat (Ketua Projek) - Penubuhan Bambusetum di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak

🏆Projek Jaringan Komuniti Terbaik 2022 (Pegawai Bukan Akademik):
Pn. Joyce Morris Kapong (Ketua Projek) - Program Pembangunan Kemahiran Pertanian Komuniti Iban di Perkampungan Rumah Jungan, Bintulu, Sarawak

🏆Rakan Industri Terbaik 2021:
Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (Kursi Pehin Sri Adenan Satem)

🏆Rakan Industri Terbaik 2022:
Pejabat Premier Sarawak (Projek Transformasi Penanaman Padi AgriHub@Gedong)

🏆Rakan Komuniti Terbaik 2021:
Komuniti Kampung Bako, Kuching, Sarawak – Program Pengurusan dan Pembuatan Baja dari Sisa Pepejal dan Sisa Dapur ke arah Kelestarian Alam Sekitar
(Ts. Dr. Nozieana Binti Khairuddin)

🏆Rakan Komuniti Terbaik 2022:
Komuniti Rumah Jungan, Bintulu, Sarawak – Program Pembangunan Kemahiran Pertanian Komuniti Iban di Perkampungan Rumah Jungan, Bintulu, Sarawak
(Pn. Joyce Morris Kapong)

Semoga terus cemerlang untuk BERILMU BERBAKTI.

Date of Input: 19/09/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbVAg~