UPMKB PERKASA PERTANIAN UNTUK KETERJAMINAN MAKANAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » UPMKB PERKASA PERTANIAN UNTUK KETERJAMINAN MAKANAN

UPMKB PERKASA PERTANIAN UNTUK KETERJAMINAN MAKANAN

BINTULU: Pusat Pertanian Putra (PPP) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) terus membantu kerajaan dengan menerapkan ilmu pertanian dan bidang akuakultur kepada rakyat negeri ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.

Timbalan Pengarah PPP UPMKB Profesor Madya Dr AmyHalimahRajaeeberharap ia dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran peserta untuk memperkasa bidang pertanian, sekali gus dapat membantu kerajaan mencapai agendaketerjaminanmakanan negara.

Katanya, tidak hanya itu, inisiatif ini juga adalah sejajar dengan slogan ‘University for Society (U4S)’ atau IPT (institut pengajian tinggi) for Society@ Keluarga Malaysia (Perpaduan).

Beliau berkata demikian semasa penganjuran Kursus Penternakan Ikan Air Tawar yang disertai 24 peserta dari Bintulu, Miri, Sarikei dan Kuching di kampus berkenaan pada 15 dan 16 Julai lalu.

Sementara itu, Pengarah Kampus UPMKB Profesor Dr Shahrul Razid Sarbini berkata, program seumpamanya dirangka bagi memastikan pemindahan teknologi pertanian sampai kepada masyarakat untuk kemajuan dan kesejahteraan komuniti.

Katanya, pengurusan UPMKB menyokong usaha yang dilaksanakan PPP agar keahlian serta kepakaran kakitangan akademik dan bukan akademiknya dapat dimanfaatkan masyarakat umum secara meluas.

Pengerusi kursus merangkap Pegawai Pertanian Kanan PPP Dr Carlina Freddie Simol@Rachellynna berkata, kursus berbentuk teori dan praktikal tersebut memberi pengetahuan asas lanjutan tentang penternakan ikan air tawar seperti tilapia, keli, jelawat, patin dan baung.

“Peserta didedahkan dengan keperluan asas dalam penternakan, penyediaan kolam, pengurusan harian hingga ke aspek pemasaran hasil tangkapan,” ujarnya.

Fasilitator dan penceramah yang turut terlibat ialah Dr Wan Zabidii Wan Morni, Lirong Yu Abit, Ayum Balai, Raymond Lau, Michelle Polda Nap, Leonard Umban Pengarah, Miguel Isaiah Vincent Mojilis, Josephine Jawai Makos, Jega Jantai dan Benedict Miden.

“Peserta didedahkan dengan keperluan asas dalam penternakan, penyediaan kolam, pengurusan harian hingga ke aspek pemasaran hasil ” tangkapan. Dr Carlina Freddie Simol@Rachellynna Pegawai Pertanian Kanan PPP.

Date of Input: 03/08/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcIAT~