UPMKB KOMITED DALAM MEMPERKASA POTENSI KERJASAMA PENYELIDIKAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » UPMKB KOMITED DALAM MEMPERKASA POTENSI KERJASAMA PENYELIDIKAN

UPMKB KOMITED DALAM MEMPERKASA POTENSI KERJASAMA PENYELIDIKAN

BINTULU – Baru-baru ini, Institut EkoSains Borneo (IEB), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menerima kunjungan tidak rasmi daripada Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Syarikat Juta Walet Services & Trading dan Syarikat Sinar Samalaju Sdn. Bhd. bertempat di IEB, UPMKB.

Dalam pertemuan tersebut, pihak UPMKB yang diwakili oleh Dr. Syeed SaifulAzry Osman Al Edrus, Pengarah IEB, UPMKB dan En. Mohd Fadzhel bin Mohd Nasir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), LKTN telah membuat pembentangan masing-masing yang menerangkan tentang fungsi, peranan, keupayaan dan hala tuju di peringkat agensi masing-masing.

Beberapa perkara telah dibincangkan dalam pertemuan ini terutamanya dari aspek potensi kerjasama yang dilihat mampu memberi impak positif dalam bidang penyelidikan di Malaysia amnya dan Sarawak khasnya. Malah dengan adanya gabungan dan kolaborasi dari aspek pengetahuan, kepakaran, kemudahan prasarana dan dana penyelidikan ini kelak dilihat mampu meningkatkan keupayaan dalam pengeluaran produk berkaitan bagi memenuhi keperluan pengguna di peringkat nasional mahu pun antarabangsa.

Turut hadir dalam pertemuan yang telah diadakan pada 29 Mei 2023 ini adalah Dr. Mugunthan A/L Perumal, Pn. Zahora binti Ismail (UPMKB), En. Nik Norhisham Nik Yaacob, En. Mohd Azizi Awang (LKTN), En. Patrick Jenau anak Tindit (Syarikat Juta Walet Services & Trading), Lt. Mdya (B) Duke Janteng dan Encik Jacky anak Lanjar (Syarikat Sinar Samalaju Sdn. Bhd.).

Pihak IEB, UPMKB khasnya dan UPMKB amnya amat mengalu-alukan peluang kerjasama sebegini selaras dengan Misi UPMKB untuk memberikan sumbangan bermakna kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara serta kemajuan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu.

Date of Input: 09/06/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcBAH~