UPMKB JULUNG KALI ANJURKAN BENGKEL PAINTBALL | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » UPMKB JULUNG KALI ANJURKAN BENGKEL PAINTBALL

UPMKB JULUNG KALI ANJURKAN BENGKEL PAINTBALL

BINTULU 9 Mac, Program Paintball Pursuit Expedition telah diadakan pada 9 Mac 2024 bertempat di Dewan Kuliah Pusat 2A oleh pelajar QKS2127 Paintball (Kumpulan 1) Semester Kedua Sesi Akademik 2023/2024 Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB).
Perasmi programnya Pegawai Kanan Psikologi UPMKB Muhammad Abdul Rahim Habib berkata, sambutan yang diberikan amat memberangsangkan daripada komuniti tempatan. Program ini bukan sahaja mengajar kemahiran yang diperlukan untuk permainan tetapi juga menggalakkan kualiti seperti kerja berpasukan,komunikasi dan semangat kesukanan yang boleh memberi manfaat dalam pelbagai aspek kehidupan.
Pengarah Program Rayner Junny dalam ucapannya berkata tujuan utama program ini adalah untuk menyebarkan kesedaran terhadap kepelbagaian dan keunikan sukan paintball. Kami menawarkan pakej yang lebih baik dalam usaha mengurangkan beban kepada pemain baru. Kami berharap program ini tidak hanya memberi pengalaman yang bermakna, tetapi juga membantu merubah persepsi negatif tentang sukan paintball.
Beliau berkata, program ini pertama kalinya diadakan dengan menggunakan pembelajaran secara bersemuka, selain bengkel tentang teknik-teknik dan peralatan asas dalam sukan paintball.
Kami juga berhasrat untuk menjadikan sukan paintball lebih mudah diakses dan dapat dicapai oleh lebih ramai orang. Ujarnya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut beliau, penceramah jemputan Presiden Kelab Paintball Kidurong Encik Johnson Lee Khai Yeoh dan beberapa anggota Kelab Paintball Kidurong yang mengendalikan program ini mempunyai pengalaman yang luas tentang sukan paintball serta telah mengikuti pelbagai pertandingan paintball di peringkat negeri mahupun kebangsaan.
Program ini turut menyediakan sesi praktikal iaitu shooting booth untuk peserta yang ingin mencuba menggunakan peralatan lengkap paintball yang disediakan oleh Kelab Paintball Kidurong. Dengan pelaksanaan sesi praktikal ini, peserta dapat menimba pengalaman baharu serta pengajaran bagi membina minat peserta dalam sukan paintball.
Program ini mampu memberi pendedahan dan mendidik para pelajar dan komuniti luar tentang kepentingan bersukan dalam meningkatkan mutu diri disamping meningkatkan kemahiran praktikal dan kemahiran insaniah. Program ini juga dapat memberi kesedaran terhadap kepelbagaian dan keunikan sukan paintball seterusnya peserta boleh mempelajari pelbagai kemahiran dan konsep yang menjadi asas kepada permainan. Kata Encik Muhammad Abdul Rahim Habib, Pegawai Kanan Psikologi UPMKB semasa upacara perasmian di Dewan Kuliah Pusat 2A.

Date of Input: 13/03/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcCA7~