UPMKB JAYAKAN BAKO COASTAL CLEANUP DAY 2.0 DI KG BAKO | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » UPMKB JAYAKAN BAKO COASTAL CLEANUP DAY 2.0 DI KG BAKO

UPMKB JAYAKAN BAKO COASTAL CLEANUP DAY 2.0 DI KG BAKO

BINTULU: Program Bako Coastal Cleanup Day 2.0 telah diadakan di Kampung Bako, Kuching pada 17 Februari lalu sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan pencemaran plastik di kawasan berkenaan.
Program anjuran Pelajar Diploma Perhutanan Semester 2 Sesi 2023/2024 Jabatan Sains Perhutanan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) itu turut mendapat kerjasama Sarawak Forestry Corporation (SFC), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kejiranan Mesra (KJM), Komuniti Rukun Tetangga (KRT) kampung berkenaan dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS).
Jurucakap penganjur berkata, program itu merupakan yang kedua diadakan bertujuan untuk membantu mengurangkan pencemaran plastik serta pemindahan ilmu pengetahuan berkaitan kepada penduduk Kampung Bako berkenaan perkara berkaitan.
Katanya, program yang dirasmikan Penghulu Kampung Bako Janibah Hazmi itu akan dapat memperkasa sikap kesukarelawan mahasiswa Diploma Perhutanan kepada komuniti setempat dalam usaha mengurangkan pencemaran dan memupuk rasa cintakan alam sekitar.
Dalam pada itu, Janibah berkata, program tersebut sangat baik kepada komuniti Kampung Bako dengan kerjasama pelbagai agensi dalam menangani isu pencemaran plastik di kampung ini.
Beliau berharap program itu dapat diteruskan pada masa akan datang supaya dapat memberi kesan positif dan membantu merealisasikan Kampung Bako sebagai kampung bebas sampah.
Pelbagai aktiviti lain turut diadakan, antaranya, taklimat kesan pencemaran plastik kepada manusia dan alam sekitar khususnya di Kampung Bako oleh Dr Ahmad Mustapha Mohamad Pazi, taklimat Pengenalan dan Fungsi LSS oleh Tony Douglas Nopin dan aktiviti gotong-royong.

Kanak-kanak Kampung Bako turut diberi pendedahan pendidikan mengenai pencemaran plastik dan aktiviti 3R (Kurangkan, Guna Semula dan Kitar Semula).
Program itu disertai 150 peserta terdiri daripada para pelajar dan kakitangan UPMKB, penduduk kampung dan agensi berkaitan yang mana berjaya memungut 350 kilogram sampah dan plastik.
Hadir sama penghulu, ketua-ketua kaum Kampung Bako Hulu, Hilir dan Tengah, pengerusi KJM, pengurus Taman Negara Bako dan lain-lainnya.

Date of Input: 28/02/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcGA6~