UPMKB ANJURKAN PROGRAM INTERNATIONAL CLASS EXCHANGE: EXPLORING SARAWAK AND INDONESIAS NATURE AND CULTURE 2023 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » UPMKB ANJURKAN PROGRAM INTERNATIONAL CLASS EXCHANGE: EXPLORING SARAWAK AND INDONESIAS NATURE AND CULTURE 2023

UPMKB ANJURKAN PROGRAM INTERNATIONAL CLASS EXCHANGE: EXPLORING SARAWAK AND INDONESIAS NATURE AND CULTURE 2023

Bintulu, 19 Oktober 2023 - Program e-mobiliti pelajar, bertajuk International Class Exchange: Exploring Sarawak and Indonesias Nature and Culture 2023, telah berlangsung pada 18 dan 19 Oktober 2023. Program ini telah dianjurkan oleh Institut Ekosains Borneo (IEB), Universiti Putra Malaysia Bintulu Kampus Sarawak (UPMKB) dengan kerjasama Universitas Nasional (UNAS), Indonesia. Ia telah mendapat penyertaan seramai 148 orang peserta daripada 4 negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Jepun dan India. Program e-mobiliti selama dua hari ini telah dilaksanakan secara atas talian melalui platform ZOOM, dan telah diselaraskan oleh Dr. Keeren Sundara Rajoo, selaku pengarah program.

Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Syeed Saiful, Pengarah Institut Ekosains Borneo (IEB) UPMKB, dan Dr. Tatang Mitra Setia, Dekan Fakulti Biologi dan Pertanian, Universitas Nasional (UNAS). Dr. Syeed Saiful telah menekankan bahawa kerjasama di kalangan universiti-universiti di rantau Asia Tenggara adalah mustahak dalam menghadapi cabaran global, dan berharap bahawa program ini akan menjadi platform untuk kerjasama yang lebih kukuh diantara UPMKB dan UNAS. Dr. Tatang telah menyatakan hasrat untuk menjadikan program in sebagai program tahunan, kerana manfaatnya yang jelas terutamanya untuk pelajar-pelajar UPMKB dan UNAS.

Penceramah-penceramah program ini terdiri daripada penyelidik bersekutu IEB UPMKB, iaitu Dr. Latifah Binti Omar dan Dr. Keeren Sundara Rajoo. Dr. Latifah telah menerangkan mengenai tumbuhan asli yang digunakan sebagai perisa dan rempah oleh masyarakat Melanau, manakala Dr. Keeren teleh membentangkan mengenai sektor perhutanan di Malaysia. Selain dari itu, dua orang pensyarah UNAS, iaitu Prof. Dr. Sri Endarti Rahayu dan Assoc. Prof. Ir. Etty Hesthiati telah berkongsi mengenai kajian etnobiologi di Indonesia dan biodiversiti tumbuhan buah-buahan tempatan di Hutan Kota Jakarta Selatan.

Pada majlis penutupan, En. Inkorena Sukartono, sebagai wakil Dekan Fakulti Biologi dan Pertanian UNAS, telah mengulas dan berharap agar kerjasama diantara UNAS dan UPMKB akan berterusan untuk tahun-tahun yang akan datang, bukan sahaja dari segi mobiliti pelajar tetapi juga dari segi penyelidikan dan pengajaran. Beliau juga turut menyatakan hasrat untuk menjalankan program mobiliti secara fizikal di UNAS khas untuk pelajar UPMKB pada tahun depan, jika keadaan membenarkan.

Date of Input: 19/12/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbWAQ~