UPMKB ANJUR SAMBUTAN BULAN PEMAKANAN PERINGKAT NEGERI 10 DAN 11 JUN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » UPMKB ANJUR SAMBUTAN BULAN PEMAKANAN PERINGKAT NEGERI 10 DAN 11 JUN

UPMKB ANJUR SAMBUTAN BULAN PEMAKANAN PERINGKAT NEGERI 10 DAN 11 JUN

Majlis Perwakilan Kolej Sri Rajang Sesi 2022/2023 Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) akan mengadakan sambutan Bulan Makanan Peringkat Negeri Sarawak 2023 pada 10 dan 11 Jun ini.

Program anjuran bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu (PKB) yang berlangsung selama dua hari itu akan bermula jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari di Dewan Si Kenyalang UPMKB.

UPMKB dalam pada itu berharap agar warga kampus termasuk orang awam datang beramai-ramai memeriahkan sambutan berkenaan.

Pihak universiti pada masa sama turut menyediakan e-merit kolej bagi pelajar UPMKB di samping menyediakan sijil penyertaan buat individu yang hadir dalam sambutan.

Bagi memeriahkan suasana sambutan, pihak universiti turut menawarkan pelbagai hadiah serta aktiviti menarik sepanjang program.

Untuk pertanyaan atau keterangan lanjut berhubung sambutan bulan makanan ini hubungi Pengarah Program Nur Sharmila di http://wa.link/fmf3gd dan Timbalan Pengarah Program Irfan Zulkifli di https://wa.link/md46wu.

Date of Input: 08/06/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcUAB~