UPMKB ANJUR KURSUS PENGURUSAN PASTURA DAN PEMBUATAN SILAJ MAKANAN TERNAKAN RUMINAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » UPMKB ANJUR KURSUS PENGURUSAN PASTURA DAN PEMBUATAN SILAJ MAKANAN TERNAKAN RUMINAN

UPMKB ANJUR KURSUS PENGURUSAN PASTURA DAN PEMBUATAN SILAJ MAKANAN TERNAKAN RUMINAN

BINTULU: Pusat Pertanian Putra (PPP) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) Sarawak akan menganjurkan Kursus Pengurusan Pastura dan Pembuatan Silaj Makanan Ternakan Ruminan pada 21 Oktober depan.

Kursus tersebut akan berlangsung dari jam 8 pagi hingga 5 petang di PPP UPMKB untuk teori, manakala sesi praktikal di Unit Pastura universiti terbabit.

Penceramahnya ialah Pegawai Pertanian Kanan PPP Dr Zaidi Suif manakala fasilitatornya ialah Penolong Pegawai Pertanian PPP Josephin Jawai Makos.

Yuran penyertaan ditetapkan RM150 untuk peserta luar dan RM100 untuk kakitangan dan pelajar UPMKB dengan yuran meliputi kos makanan, minuman, sijil penyertaan serta nota kursus.

Tarikh turut penyertaan ialah 30 September 2023 dan untuk pendaftaran boleh tekan pautan di https://forms.gle/i2RT4fzntYFcchck6.

Pertanyaan lanjut hubungi Urus setianya Nurliyana Mahdar menerusi talian 011-25634022 atau talian pejabat (086-855667) ataupun hubungi pegawai serantanya Dr Carlina Freddie Simol@Rachellynna (019-8340886), Dr Zaidi (013-8400851) dan Josephine (013-7073252).

Jurucakap penganjur berkata, kursus itu bertujuan membantu peserta, penternak serta bakal pengusaha makanan ruminan dengan memdedahkan kaedah penanaman pastura, cara pembajaan disyorkan dan kaedah pemotongan pastura yang betul.

Kaedah penuaian dan pembuatan silaj juga diperincikan, katanya di sini, semalam.

Dengan pengetahuan itu, diharap peserta, bakal pengusaha makanan ternakan dan penternak sedikit sebanyak dapat menjana hasil pastura berterusan bagi kegunaan ternakan sendiri.

Date of Input: 15/08/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcPAK~