UPKMB ANJUR SESI TAZKIRAH SEMPENA IFEST 2023 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » UPKMB ANJUR SESI TAZKIRAH SEMPENA IFEST 2023

UPKMB ANJUR SESI TAZKIRAH SEMPENA IFEST 2023

BINTULU: Seramai 90 jemaah hadir menyempurnakan solat dhuha dan menghadiri sesi tazkirah yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Bintulu Ustaz Awang Fakrulrizan Awang Madohi di Pusat Islam Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) pada Rabu.

Tazkirah yang disampaikan mengupas tajuk Niat Pencetus Pahala Bekerja itu dianjurkan bersempena Festival Kesenian Islam 2023 (iFest 2023) edisi kedua oleh UPMKB dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP).

Jurucakap penganjur berkata, jemaah yang hadir terdiri dalam kalangan kakitangan UPMKB dan agensi luar, kariah surau dan masjid sekitar Bintulu.

Kita berharap solat dhuha dan tazkirah ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang supaya dapat meningkatkan amal ibadah dan ketakwaan kepada Allah SWT serta mengerat hubungan silaturahim antara masyarakat Islam di bahagian ini, katanya.

Hadir dalam program itu Pengarah Kampus UPMKB Prof Dr Shahrul Razid Sarbini dan Pengetua Kolej/Hal Ehwal Pelajar (HEPA) Dr Kamil Latif serta pengurusan UPMKB.

Date of Input: 15/08/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcVAw~