SUKAN UNTUK KESIHATAN UPMKB DAN GPSB MERIAH | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » SUKAN UNTUK KESIHATAN UPMKB DAN GPSB MERIAH

SUKAN UNTUK KESIHATAN UPMKB DAN GPSB MERIAH

Bintulu, 16 Julai 2023, Telah berlangsung pada hari ini acara kemuncak majlis penutupan Program Sukan Persahabatan FSPH-GPSB yang bertemakan ”Sukan Untuk Kesihatan” yang bermula pada 15-16 Julai 2023 bertempat di UPM Kampus Bintulu.

Penganjuran program Sukan Persahabatan FSPH-GPSB ini merupakan strategi kerjasama di antara pihak industri dengan institut pengajian tinggi dalam usaha merapatkan jalinan kerjasama dua hala ini.

Program yang bermula pada 15 Julai 2023 yang melibatkan sukan seperti badminton, ping pong dan bola jaring. Bagi program penutup pada hari ini, acara kemuncak dimulai dengan acara perlawanan bola sepak.

Hadir merasmikan program penutupan Sukan Persahabatan FSPH-GPSB ialah YBhg. Dr. Zamri Rosli (Dekan FSPH), YBhg. En. Andy Lau Seng Kee (Head of Operation Malaysia GPSB), YBhg. En. Suwardi Mistor (Head of Operation Oversea GPSB) serta YBrs. Prof. Madya Dr. Geoffery James Gerusu (Timbalan Dekan Penyelidikan, Pendanaan dan Siswazah FSPH).

Tahniah diucapkan kepada para staf UPMKB dan GPSB yang telah memenangi bagi setiap acara yang disertai. Semoga dengan program seperti ini dapat memupuk semangat kesukanan yang tinggi dan minda yang cergas dan dapat mengukuhkan hubungan silaturahim di antara staf. Diharap dengan adanya aktiviti seumpama ini akan dapat memberikan ruang untuk menjalankan aktiviti riadah.

Date of Input: 21/07/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcDAr~