SESI OUTREACH BERSAMA PELAJAR TAJAAN JPA UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » SESI OUTREACH BERSAMA PELAJAR TAJAAN JPA UPMKB

SESI OUTREACH BERSAMA PELAJAR TAJAAN JPA UPMKB


Bintulu, 5 Mac 2024 – Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) telah mengadakan Sesi Outreach Bersama Pelajar Tajaan JPA di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB). Sesi Outreach ini diadakan di Dewan Sidang, UPMKB pada 5 Mac 2024 yang dihadiri oleh 19 pelajar UPMKB yang merupakan pelajar tajaan JPA.

Tujuan Sesi Outreach ini diadakan adalah untuk menerangkan polisi penajaan JPA kepada para pelajar. Antara pengisian yang dijalankan semasa Sesi Outreach ini adalah sesi Lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Pelajar Tajaan JPA, taklimat berkenaan Dasar Penajaan JPA serta sesi soal jawab bersama pelajar tajaan JPA.

Pegawai JPA yang hadir ialah Puan Idayuwati binti Abdullah @ Ab Rahman, Timbalan Pengarah Bahagian (Kluster Pembangunan Strategik Sebelum Perkhidmatan), Puan Faridah binti Mohd Ariff, Puan Shazana binti Noor Zakri dan Puan Iryani binti Idris. Turut hadir bersama Encik Mohamad Syukri bin Mohamad Adnan, Ketua Pentadbir Pejabat Pengurusan Pelajar, UPMKB.

Date of Input: 13/03/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcMAB~