SERAMAI 40 AHLI PERBEKAL DARI BRUNEI ADAKAN LAWATAN MUHIBAH KE BINTULU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » SERAMAI 40 AHLI PERBEKAL DARI BRUNEI ADAKAN LAWATAN MUHIBAH KE BINTULU

SERAMAI 40 AHLI PERBEKAL DARI BRUNEI ADAKAN LAWATAN MUHIBAH KE BINTULU

SERAMAI 40 ahli Persatuan Belia Kampung Lambak (PerBeKaL) dari negara Brunei Darussalam mengadakan lawatan muhibah ke Bintulu, baru-baru ini.

Lawatan tersebut diketuai Presiden PerBeKaL, Pengiran Nordin Pengiran Mahmud. Mewakili belia Bintulu, Kederi Yusof berkata siri lawatan itu bagi menimba ilmu bersama belia di Bintulu, merapatkan silaturahim bersama persatuan belia, usahawan belia dan pemimpin masyarakat setempat.

Katanya, antara tempat dilawati PerBeKaL sepanjang program tiga hari dua malam itu ialah Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB).

“Di universiti itu, rombongan disambut mesra Pengetua Kolej merangkap Ketua Hal Ehwal Pelajar UPMKB, Dr Kamil Latif serta Penolong Pendaftar Kanan Kolej Sri Rajang UPMKB, Rosidah Basir,” katanya mengiringi lawatan rombongan itu.

Di UPMKB, katanya, rombongan dibawa melawat perpustakaan, makmal dan ladang rusa dalam kampus tersebut.

Pada sebelah malamnya, rombongan menghadiri jamuan makan malam bersama Pemanca Pengiran Merais Pengiran Ismail yang juga Pengerusi Persatuan Usahawan Kecil Bintulu (PUKB) di kediamannya, Jalan Tanjung Batu di sini.

Rombongan turut melawat Pasar Borong di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu serta melawat rumah usahawan wanita Bintulu, Razuna Kiprawi terkenal dengan pembuatan belacan di bawah syarikat, Monanie Family Enterprise.

Lokasi lain dilawati ialah Dewan Suarah Bintulu serta sesi suai kenal dengan kakitangan Pejabat Kementerian Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) Bahagian Bintulu dan Pegawai Penguasanya, Upin Mering.

Rombongan PerBeKaL turut menyertai acara senamrobik dan sukaneka bersama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dan Kelab PEMADAM UPMKB serta ahli-ahli Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Bintulu, Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Bintulu serta beberapa ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.

Katanya, PerBeKaL juga dijemput oleh Kelab Memanah Assyakirin untuk sesi memanah di Masjid Assyakirin Bintulu diuruskan oleh Pengerusi Kelab Memanah Tradisional Moden Assyakirin (ATMA) Bintulu, Bujang Ham.

Lawatan terakhir rombongan tersebut ialah ke Koperasi Persatuan Ibu Tunggal di Kampung Assyakirin Bintulu serta menjamu selera di rumah Timbalan Pengerusi Ibu Tunggal Bintulu, Aishah Peri.

Beberapa agensi menjayakan lawatan tersebut ialah Pejabat Penerangan Daerah Bintulu, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), UPMKB serta Pejabat Residen Bintulu dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Date of Input: 19/09/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcVAD~