SELEBRITI, PAKAR MOTIVASI MERIAHKAN FESTIVAL KESENIAN ISLAM DI BINTULU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » SELEBRITI, PAKAR MOTIVASI MERIAHKAN FESTIVAL KESENIAN ISLAM DI BINTULU

SELEBRITI, PAKAR MOTIVASI MERIAHKAN FESTIVAL KESENIAN ISLAM DI BINTULU

BINTULU: Forum Perdana sempena majlis penutupan kemuncak Festival Kesenian Islam 2023 (iFest 2023) edisi kedua mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Hadirin menyaksikan ahli panel selebriti dan pakar motivasi di Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) malam tadi.

Forum Perdana itu menampilkan Pensyarah Pembangunan Belia merangkap Pengetua KOSASS UPM Profesor Madya Dr Mohd Mursyid Arshad bertindak sebagai moderator.

Ahli-ahli panel terdiri daripada pakar motivasi dan personaliti media, Amin Idris bersama selebriti yang juga pendakwah bebas, Shamsul Ghau-Ghau.

Forum tersebut mengupas tema Kesenian Islam Pemangkin Kesejahteraan Negara anjuran UPMKB dan Kementerian Pelancongan, Kesenian, Industri Kreatif dan Seni Persembahan.

Hadir sama mengikuti majlis perkongsian ilmu pada forum tersebut sekali gus menyempurnakan penutupan iFest 2023 ialah Pengarah Kampus UPMKB Profesor Dr Shahrul Razid Sarbini.

Turut hadir Pengetua Kolej/Hal Ehwal Pelajar (HEPA) UPMKB Dr Kamil Latif, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Datu Muhamad Yakup Kari, pengurusan kanan dan tetamu lain.

Hadirin turut disajikan persembahan nasyid daripada kumpulan johan pertandingan nasyid kotemporari pada program tersebut.

Jurucakap UPMKB berkata, pihaknya berharap iFest dapat terus dianjurkan pada masa akan datang bagi memartabatkan kesenian Islam di arena antarabangsa.

Date of Input: 15/08/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcHAq~