SARAWAK MAMPU TETAPKAN HARGA LANTAI BERAS SEKIRANYA JADI PENGELUAR UTAMA – ABANG JOHARI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » SARAWAK MAMPU TETAPKAN HARGA LANTAI BERAS SEKIRANYA JADI PENGELUAR UTAMA – ABANG JOHARI

SARAWAK MAMPU TETAPKAN HARGA LANTAI BERAS SEKIRANYA JADI PENGELUAR UTAMA – ABANG JOHARI

KOTA SAMARAHAN, 26 Feb: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak berhasrat untuk menetapkan harga lantai beras keluarannya pada kadar RM1,800 per tan metrik berbanding RM1,300 sebelum ini.
Beliau yang juga Premier Sarawak berkata, perkara itu boleh dilakukan apabila wilayah ini menjadi pengeluar utama beras di Malaysia.
Apabila mengeluarkan beras sendiri, bermakna kita tidak terdedah kepada naik turun mata wang.
Jadi kita dapat menentukan harga berdasarkan input kita sendiri semasa menghasilkan padi, katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir Program Jalinan Kasih Tani Beranyi Bersama Premier Sarawak di Dewan Kampung Lubok Punggor, Gedong di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.
Sementara itu Abang Johari berkata, keluaran beras di Sarawak perlu berdasarkan bekalan dan permintaan pengguna.
Oleh hal yang demikian, kita mesti menetapkan harga lantai. Di Malaysia, harga lantai belian padi untuk Sarawak adalah sebanyak RM1,300 dan kita mahu menambah RM500, katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya, Abang Johari mengumumkan Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan berjumlah RM30 juta untuk menaik taraf parit dan tali air di Lubok Punggor sebagai inisiatif meningkatkan infrastruktur pengairan padi.
Menurut beliau, pelaksanaan ini akan membolehkan peningkatan pengeluaran padi di seluruh Sarawak serta meningkatkan pendapatan para petani. – TVS

Date of Input: 28/02/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcCAv~