PUTRA@PUSA2024: MENJANA ILMU PERTANIAN USAHAWAN NIPAH PUSA, SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » PUTRA@PUSA2024: MENJANA ILMU PERTANIAN USAHAWAN NIPAH PUSA, SARAWAK

PUTRA@PUSA2024: MENJANA ILMU PERTANIAN USAHAWAN NIPAH PUSA, SARAWAK

Pusa - Pada 9 Mac 2024, seramai 4 orang ahli akademik Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak (UPMKB) telah menjayakan Projek Putra@Pusa: Transformasi Sosioekonomi dan Pembangunan Produk Pertanian Nipah Komuniti Usahawan Pusa, Sarawak (Siri 1) bersama 20 orang usahawan pokok nipah. Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Betong, Tuan Jamain Wahab.

Beliau berharap kerjasama yang lebih erat dapat diwujudkan antara kawasan Pusa dan UPMKB pada masa akan datang. Bagi Siri 1 perkongsian berkenaan pengendalian lepastuai gula nipah telah disampaikan oleh Dr. Nuratika Tamimi Sheikh Mohamed, manakala pontensi pertanian bersepadu melalui sistem hidroponik, Hidroponik D.I.Y. telah disampaikan oleh Dr. Franklin Ragai Kundat.

Kesinambungan daripada siri 1, program bagi Siri 2 akan diadakan pada masa terdekat yang akan disampaikan oleh oleh Dr. Shiamala Devi Ramaiya (Penghasilan Produk Buah Nipah) dan ketua projek, Dr. Hanisah Kamilah’ Abd Razak (Penghasilan Produk Berasaskan Gula Apong).

Date of Input: 21/03/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcFAS~