PUTRA COLOUR RUN NEW YEAR 2024: SOMETIMES ALL YOU NEED IS A LITTLE SPLASH OF COLOR TO BRIGHTEN UP YOUR LIFE | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » PUTRA COLOUR RUN NEW YEAR 2024: SOMETIMES ALL YOU NEED IS A LITTLE SPLASH OF COLOR TO BRIGHTEN UP YOUR LIFE

PUTRA COLOUR RUN NEW YEAR 2024: SOMETIMES ALL YOU NEED IS A LITTLE SPLASH OF COLOR TO BRIGHTEN UP YOUR LIFE

Bintulu, Sabtu , 06 Januari 2024 - Telah berlangsungnya program Putra Colour New Year 2024 : Sometimes all you need is a little splash of color to brighten up your life anjuran Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sri Rajang Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Kolej Sri Rajang UPMKB serta Bintulu Runner Event, yang berlangsung dari jam 6 pagi hingga jam 10 pagi.
Kolej Sri Rajang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu mencatatkan seramai 344 pendaftaran yang telah diterima daripada warga UPMKB serta orang awam di sekitar Bintulu dan antarabangsa termasuk warganegara Indonesia dan juga China.
Program ini turut mendapat tajaan/sumbangan daripada YBhg. Dato Majang anak Renggi , Adun N.70 Samalaju serta syarikat-syarikat mahupun NGO yang cukup prihatin di sekitar Bintulu.
Disamping itu, Program ini juga turut dihadiri oleh Dr. Kamil bin Latif (Pengetua Kolej Sri Rajang), Puan Rosidah binti Basir (Penolong Pendaftar Kanan, KSR), barisan felo dan MPK bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penaja atas sumbangan/tajaan sama ada dari segi kewangan, makanan/minuman mahupun peralatan-peralatan keperluan program. Pihak Kolej Sri Rajang turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan daripada warga di sekitar Bintulu.
Pihak Kolej Sri Rajang, UPMKB berharap usaha-usaha murni pelajar mahupun warga UPMKB ini mendapat sokongan yang positif daripada semua pihak pada masa akan datang. Selari dengan slogan Badan Sihat, Minda Cerdas merupakan amalan gaya hidup sihat yang dapat diamalkan oleh semua orang, Pihak Kolej Sri Rajang akan terus komited selaku penganjur untuk terus mengadakan program larian demi kebaikan kesihatan pelajar serta komuniti.

Date of Input: 11/01/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcHAT~