PUTRA BAKTI @LOVE AT FIRST SPIKE ANJUR KEJOHANAN BOLA TAMPAR TERTUTUP UPMKB BERJAYA “THE THINKING ATHLETE.” | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » PUTRA BAKTI @LOVE AT FIRST SPIKE ANJUR KEJOHANAN BOLA TAMPAR TERTUTUP UPMKB BERJAYA “THE THINKING ATHLETE.”

PUTRA BAKTI @LOVE AT FIRST SPIKE ANJUR KEJOHANAN BOLA TAMPAR TERTUTUP UPMKB BERJAYA “THE THINKING ATHLETE.”

BINTULU – Biarpun masih berdepan pandemik covid-19 Fasa ke-3, Pelajar QKS2120 Bola Tampar Kumpulan 1 Sesi Akademik Kedua 2021/2021 dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPMKB menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Tertutup UPMKB (Kategori Perempuan) bermula dari 19 – 20 Mac 2022 di Gelanggang Bola Tampar, UPMKB dan komited menyokong hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi melahirkan “The Thinking Athlete.”
En. Roslan Ismail berkata, selaku Fasilitator Kursus QKS2120 Penganjuran kejohanan ini dapat melatih kemenjadian mahasiswa dan menerapkan kemahiran insaniah sejajar dengan salah satu objektif universiti bagi membangunkan graduan kompeten, profesional dan entrepreneurial. Kejohanan bola tampar pada kali ini bukanlah sekadar untuk rekreasi dan kecergasan semata-mata, sebaliknya sebagai titik mula kita menjalani kehidupan untuk persediaan menuju fasa peralihan ke endemik bagi COVID-19.
Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Program Mark Ian Ricky berkata melalui aktiviti sukan tersebut akan mempamerkan nilai-nilai dan semangat kesukanan serta daya juang yang begitu baik. Ia sekali gus dapat menjadi wadah membantu melahirkan mahasiswa yang cergas, aktif dan produktif dengan nilai-nilai murni untuk menghadapi cabaran di masa hadapan.
Kejohanan ini disertai peserta daripada semua warga UPMKB melibatkan pelajar dan staf dan Kejohanan berakhir dengan lancar dan peserta sangat gembira kerana kejohanan seperti ini sudah lama tidak dianjurkan akibat kekangan pandemik covid-19. #VolleyUPMKB #TogetherWeFlyHigher

Date of Input: 30/03/2022 | Updated: 30/03/2022 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEaSAO~