PUSAT PERTANIAN PUTRA, UPMKB ANJUR KURSUS PEMBIAKAN DAN PENGURUSAN DURIAN MUSANG KING (D197) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » PUSAT PERTANIAN PUTRA, UPMKB ANJUR KURSUS PEMBIAKAN DAN PENGURUSAN DURIAN MUSANG KING (D197)

PUSAT PERTANIAN PUTRA, UPMKB ANJUR KURSUS PEMBIAKAN DAN PENGURUSAN DURIAN MUSANG KING (D197)

Pusat Pertanian Putra (PPP), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) baru-baru ini telah menganjurkan Kursus Pembiakan Durian Musang King (D197) pada 09 September 2023 (Sabtu) dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang yang lepas.

Seramai 23 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut yang kebanyakannya datang dari Miri, Kuching, Kanowit, Sibu dan Bintulu.

Encik Sat Maling, Pegawai Pertanian Kanan Pusat Pertanian Putra UPMKB, ketika mengulas menerangkan penganjuran kursus tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta kursus berkenaan dengan kaedah penanaman dan penyelenggaraan yang betul berkenaan dengan tanaman durian Musang King (D197).

Beliau berharap dengan penganjuran kursus ini sedikit sebanyak akan membantu pekebun-pekebun menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan penanaman dan pengurusan terutama durian musang king.

Di antara pengisian Kursus Pembiakan Durian Musang King (D197) ini adalah seperti senario dan potensi D197, morfologi, jenis-jenis klon/varieti, kaedah-kaedah pembiakan dan media penanaman D197. Dalam kursus tersebut, para peserta telah didedahkan berkenaan kaedah pengurusan penanaman, penjagaan dan penyelenggaraan selepas penanaman serta kos pengeluaran berkaitan durian dan juga latihan amali pembiakan dan penanaman.

Timbalan Pengarah PPP, UPMKB, Prof. Madya Dr. Amy Halimah Binti Rajaee, selaku penasihat kursus turut mengulas bahawa program tersebut akan memberikan manfaat kepada semua peserta yang telah menghadiri kursus. Ini kerana menurut beliau lagi potensi industri tanaman durian dan permintaan terhadap varieti berkenaan yang berupaya mendatangkan pendapatan lumayan serta semakin mendapat tempat di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Menurut beliau lagi, kursus ini merupakan satu daripada rangkaian kursus yang dirancang pada tahun 2023 dalam merealisasikan program University4Society melalui Kursus Pemindahan Teknologi Pertanian dan Pengembangan Pertanian kepada masyarakat umum. Beliau juga berharap kepada semua peserta kursus dapat menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berguna sebelum memulakan penanaman durian setelah mengikuti kursus ini.

Untuk perancangan kursus pada bulan hadapan pula, PPP UPMKB akan menganjurkan Kursus Pembiakan Tanaman Bungaan dan Penyediaan Media Semaian, yang akan diadakan pada 23 September 2023. Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi dan melayari laman web: https://btu.upm.edu.my/

Date of Input: 19/09/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcHA4~