PROGRAM YOUTH BIODIVERSITY SCIENCE CAMP 2023 BERJAYA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » PROGRAM YOUTH BIODIVERSITY SCIENCE CAMP 2023 BERJAYA

PROGRAM YOUTH BIODIVERSITY SCIENCE CAMP 2023 BERJAYA


Bintulu, 11 Jun 2023 - Program Youth Biodiversity Science Camp 2023 (YBSC2023) telah berlangsung dari 9 hingga 11 Jun 2023 di sekitar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak melabuhkan tirainya pada hari ini. Seramai 20 orang pelajar Tingkatan 2 MRSM Mukah telah mengikuti pelbagai aktiviti disepanjang program ini dengan jayanya.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah latihan dalam kumpulan (LDK), Night Walk, Pengecaman Flora dan Fauna, YBSC Explorace, Picnic Wild, Frogging, ketahanan diri serta Ceramah Kepentingan Biodiversiti Kepada Generasi Muda yang telah disampaikan oleh Pengurus Besar Harwood Timber Sdn Bhd.

Majlis Perasmian Penutupan YBSC2023 telah dihadiri oleh YBhg Tn. Haji Zainal Abidin bin Haji Abdullah, Pengurus Besar Harwood Timber Sdn Bhd, YBhg Dr. Zamri bin Rosli, Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, YBrs Dr. Norul Izani binti Md Allwi, Ketua Jabatan Sains Perhutanan, YBrs Dr. Ahmad Mustapha bin Mohamad Pazi, Pengarah Program YBSC2023, Cik Rabiatul Adawiah binti Mustafar, Pegawai MRSM Mukah, Staf Jabatan Sains Perhutanan, fasilitator program dari kalangan Pelajar Bacelor Sains Perhutanan dengan Kepujian dan Diploma Perhutanan serta dan Peserta Program YBSC2023.

Majlis Perasmian Penutupan Program YBSC2023 telah disempurnakan oleh YBhg Tn. Haji Zainal Abidin bin Haji Abdullah, Pengurus Besar Harwood Timber Sdn Bhd. Dalam ucapan penutupan beliau menyatakan program YBSC2023 merupakan satu platform yang sangat baik dalam memberi didikan awal mengenai kepentingan biodiversiti hutan di kalangan pelajar sekolah menengah rendah. Selain itu dengan kerjasama yang dilakukan oleh pihak Universiti dan MRSM dalam menjayakan program ini dapat meningkatkan kemahiran insaniah kepada peserta dan fasilitator. Beliau juga berharap program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan melibatkan lebih ramai pelajar.

Pihak Jawatankuasa Pengelola Program YBSC2023 merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung atas usaha dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Date of Input: 13/06/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcHAN~