PROGRAM ‘THE BAKSIS DAY’ UPMKB DAPAT SAMBUTAN KOMUNITI TEMPATAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » PROGRAM ‘THE BAKSIS DAY’ UPMKB DAPAT SAMBUTAN KOMUNITI TEMPATAN

PROGRAM ‘THE BAKSIS DAY’ UPMKB DAPAT SAMBUTAN KOMUNITI TEMPATAN

BINTULU: Program ‘The BAKSIS Day (Putra Bakti@AnimEX 4.0)’ mendapat sambutan memberangsangkan daripada komuniti tempatan di sini, semalam.

Program yang berlangsung di Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) itu bertujuan menerapkan kepentingan kemahiran khas penjagaan haiwan peliharaan, reptilia dan haiwan akuatik.

Program anjuran Pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit Pelajar Kursus QKK2101 Bakti Siswa (Kumpulan 1), Semester Pertama Sesi Akademik 2022/2023 itu menekankan kaedah pembelajaran secara ‘Immersive Face-to-Face’ kepada para peserta dan orang ramai.

Fasilitator QKK2101 Bakti Siswa Kumpulan 1 Roslan Ismail berkata, program sempena dengan Majlis Konvokesyen Ke-46 (Sidang 1) pada 1 November 2022 yang julung kalinya diadakan di UPMKB itu merupakan kesinambungan daripada kejayaan program AnimEX yang diadakan pada bulan Mac 2020.

“Tujuan penganjurannya adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan komuniti mengenai kepentingan kemahiran khas penjagaan haiwan peliharaan, reptilia dan haiwan akuatik,” katanya di sini, semalam.

Selain itu katanya, spesies ternakan yang terdapat di UPMKB dapat dipamerkan, sekali gus berpotensi menjadi landasan perkongsian ilmu dalam industri ternakan haiwan yang turut menjana pembangunan ekonomi negara.

“The BAKSIS Day (Putra Bakti @AnimEX 4.0) juga mampu meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa dan mahasiswi serta menggalakkan penglibatan komuniti setempat pada semua peringkat umur,” katanya.

Roslan berkata, ia merupakan pendekatan melalui kaedah pemindahan pengetahuan, pembelajaran deria, meningkatkan pembangunan bahasa dan mengukuhkan ikatan kekeluargaan.

Selain pameran haiwan, turut diadakan ceramah berkenaan ‘Penyakit dan Penjagaan Kucing Jalanan’ oleh Ts Dr Suhaili Mustafa, ‘Bagaimana pandemik memberi kesan kepada binatang’ (Dr Chan Siew Leng), ‘Zoo peliharaan’ (Dr Siti Nurhani Arib) dan ‘Penjagaan ikan’ (Dr Wan Zabidii Wan Morni).

Memeriahkan program itu ialah pertandingan mereka pakaian haiwan peliharaan, demonstrasi Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebagainya.

Date of Input: 15/11/2022 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEdBAS~