PENGACARA majlis atau juruacara yang baik merupaÂkan seorang yang mempunÂyai kemahiran praktikal dan kemahiran insaniah sesuai untuk mengurus serta menÂgawal perjalanan sesuatu acara supaya acara tersebut dijalankan dengan lancar dan meriah.
Kemahiran dan pengÂetahuan dalam pengacaraan majlis digalakkan untuk dipelajari kerana kemahiran ini boleh menjadi berguna semasa menguruskan sesuatu majlis dan mungkin juga akan digunakan semasa bekerja pada masa hadapan.
Oleh yang demikian pelajar QKT2101 Seni Penghujahan (Kumpulan 1), mengambil inisiatif untuk menganjurÂkan Program Putra Bakti Talk Show yang bertempat di Biik kuliah 7, Dewan kuliah Utama, Universiti putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) pada 19 Mac lalu.
Seramai 23 peserta dalam dan luar UPMKB yang menyertai program ini. Penyertaan program ini dibuka kepada peserta yang berumur 18 tahun ke atas.
Terdapat ramai peserta yang menunjukkan potensi menjadi juruacara semasa program ini dijalankan. ProÂgram ini memberi peluang kepada para hadirin untuk membina kemahiran dan mendapatkan ilmu pengetaÂhuan tentang pengacaraan majlis dengan aktiviti yang disediakan oleh penceramah yang mahir dalam bidang pengacaraan majlis. PencerÂamah jemputan program ini ialah Ali Sabri Saber Ali Khan dan Nathuhain Ibrahim.
Program ini diadakan dengan tujuan untuk menÂingkatkan kemahiran berfiÂkir serta keberanian dalam pengurusan majlis. Antara aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran serta keberanian tersebut ialah dalam aktiviti secara berkumpulan peserta diÂminta ke atas pentas unÂtuk menceritakan tentang sesuatu produk yang akan disediakan oleh penceramah jemputan. Di sini mereka dapat meningkatkan daya pemikiran dan kerjasama dengan ahli kumpulan.
Terdapat juga aktiviti yang menggalakkan peserta untuk meningkatkan pengalaman pengacaraan majlis seperti mengalami situasi yang beÂnar pada slot pertama yang dikendalikan oleh Ali Sabri.
Aktiviti tersebut meliÂbatkan para peserta berlakon secara berkumpulan di atas pentas. Setiap kumpulan diberikan senario berbeza yang berkaitan dengan beruÂcap dalam acara yang akan ada seorang juruacara. Para peÂserta dalam kumpulan perlu bekerjasama dan melakonkan watak sebagai orang yang terÂlibat dalam acara yang disebut dalam senario itu.
Aktiviti ini menjadikan peserta mencuba berucap sebagai seorang pengacara majlis dan mendapatkan idea atau pengalaman tentang bagaimana protokol acara dijalankan berdasarkan jenis majlis tersebut. Kumpulan yang terbaik untuk aktiviti ini menerima wang tunai sebanyak RM50.
Pada slot seterusnya penceramah menerangkan bagaimana untuk menjadi pengacara majlis yang ungÂgul yang dikendalikan oleh Nathuhain. Pada slot ini lebih banyak aktiviti dan ilmu yang dapat ditimba. Penceramah menyediakan aktiviti yang sangat baik untuk meningÂkatkan semangat dan keyakiÂnan dalam diri peserta untuk bercakap di khalayak ramai.
Peserta juga dapat memaÂhami proses menjadi penÂgacara majlis daripada cara menulis skrip mengikut majlis hingga cara untuk melontarkan suara pada saat majlis dijalankan.
Pada majlis penutupan Program Putra Bakti Talk Show, wang tunai diberi kepada penceramah jemputan sebagai sagu hati. Selain itu, dua kumpuÂlan peserta yang terbaik daripada Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 1 dan 2 diberi hadiah pemenang kumpulan terbaik. Para peserta diberi e-sijil penyertaan dan penghargaan melalui pengisian Google Form yang disiarkan pada sembang kumpulan dalam aplikasi WhatsApp.
Date of Input: 10/05/2023 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia